PAGES

Wednesday, February 17

School Holiday is back...

cuti sekolah memang masa yang paling best dlm hidup. x pyh pg sekolah, x pyh belajar, x pyh jumpa cikgu, x pyh buat kerja sekolah, x pyh bangun pagi... hahah.. itu suma perkara yang plg disukai masa kecik2 dulu.. tp sekarang dh lain.. cuti sekolah adalah masa yg plg best utk family gathering.. terutama sekali main2 dengan anak2 sedara.. bila semua dh berkumpul, memang meriah rumah.. gelak ketawa, menangis suma tu menjadi kewajipan budak2 kecik bila bermain...
hari tu, Syaza sampai dulu.. keluar kereta dengan membawa sebuah beg yang penuh dengan mainan masak-masak.. fuhhh.. bukan main bergaya lg.. masuk je rumah dia dh cari kawan nk ajak main masak-masak.. sapa lg kalau bukan si Nadia & kakak Ain & Abg Kimi... tp diorg belum sampai lagi. diorg tidur rumah nenek sebelah mak diorg...
haa ok, disebabkan tiada kawan nk bermain, i la yg jd mangsa keadaan..

syaza : cik jat ciniiiii.. jom men mashak-mashak ngan zaza..
cik jat : haaa meh cini kt main kt depan ye..

(dgn pantas syaza kemas barang2 mainan bwk g depan)

syaza : ni shudu, ggan(pinggan), ayam, arot(carrot), cawan.. cik jat nak shup (sup) x? nak air x?

fuhh.. letih nak melayan budak2 ni.. ok last2 i wat alasan.. "nanti nadia dtg kita main dengan dia k"....
jom kt sleep, cik jat ngantuk (alasan yg plg kukuh) padahal i nk surf internet..

next day i ajar anak2 buah i buat layang-layang. biar diorg belajar macam mana nak buat layang-layang. nampak macam senang tapi susah. dari pada melipat kertas, melekat, buat teraju, buat ekor.. banyak tu keje nk buat.. beli je la senang... apa barang beli, x mencabar langsung. kt buat je la pakai surat khabar lama... dulu pn i buat je time cuti sekolah. tu la cara nak isi masa cuti..
antara ain & Kimi, ternyata Kimi lagi bersemangat tuk main layang-layang. biasa la tu budak lelaki.. i ajar dr 1st step sampai la last step.. ternyata diorang bleh buat sendiri, tp mstilah ada bantuan sikit.. bagus gak diorg belajar ni, nanti dekat sekolah mesti cikgu ada suruh buat layang-layang..
start buat layang-layang pukul 1030am.. diorg lom mandi lagi, memang sesuai la sgt tu... lepas main nanti la mandi..
dah siap semua, layang-layang akan diterbangkan. kt tgk siapa punya layang-layang paling tinggi (mstla cik jat punya)..
puas betul hari tu main dengan diorg. sampai pukul 4.30 petang baru habis main layang-layang. itu pun disebabkan layang-layang tersangkut atas pokok rambutan belakang rumah.. :)

aksi-aksi pelayang muda


macam ni cara nak melipat, tgk betul2 cara cik emy lipat ni..


kimi menggunting dengan teliti..











kemana arah angin ni?


watch out for that tree!!


smileeeee...:)


fuyyyoohhh.. tingginyaaa..


bergaya habis, maklumlah cuaca panas x ingat..


layang-layang berterbangan...

Friday, February 12

Nasuha Herbs Paradise vs Sykt Air Melaka

Sg. Bertam, Melaka - Akhirnya selesai lawatan subjek perkhidmatan bangunan; perpaipan... lokasi lawatan tak la jauh sgt pn.. turun highway melaka, terus sampai loji air tu...
tp yg best masa g lawatan tu ialah dpt tahu cara pemprosesan air dari empangan durian tunggal. mmg itu pun objektif sebenar lawatan tu kn..haha..
tp yg tak best nya tu, ramai member2 yang tak dapat ikut pergi melaka.. separuh dari kami kena pergi Loji semanggar.. silap I gak la, konon2 bleh gabung wat lawatan.. tp atas cadangan pentadbiran loji gak tu.. akhirnya setiap lawatan boleh 40 orang je.. terpaksa la menumpang seksyen lain, padahal kertas kerja dah submit awal2 lagi..
sebelum bertolak ke Melaka, seperti biasa i la yg plg lambat bersiap.. subuh2 dh kejut kwn2, pastu i sambung tdo semula.. hehe... kwn2 call, x angkat.. confirm tanya psl lokasi i masa tu...
kami 16 org, kena berpecah.. 7 naik bas, 5 naik pajero, 4 naik kereta dengan En. Kandar (pensyarah).. dlm kereta mmg kena berbual dengan dia, psl i dduk depan.. nk x nk terpaksa la... dari cerita psl lawatan, ismawi, pengalaman dia sampai la ke pakcik i yg de kt MPTI (dh tukar nama). mmg x bosan la perjalanan ke Melaka tu, sampai tak sedar dah sampai Melaka.
sampai kt Loji, taklimat disampaikan oleh kak Maslinah.. dia mmg pro bab2 loji ni.. tanya apa saja, dengan slumber dia jawab.. lepas taklimat, kami dibawa melawat & diberi penerangan mengenai proses-proses yang terlibat semasa pemprosesan. antaranya pengudaraan, coagulation & DAF.. rasanya ada lagi... (nk kena tgk balik nota) sesi lawatan kalau tak bergambar memang tak lengkap. masing-masing sibuk berposing sakan.. pukul 1.30pm kami bergerak menuju ke Nasuha Herbs di Muar Johor..

Muar, Johor - Nasuha herbs! macam pernah dengar.. rasanya selalu dengar di radio best104. ternyata tepat jangkaan tu.. memang menrik tempat ni, seluruh kawasan nya ditanam dengan pokok-pokok herba yang sememangnya mempunyai seribu khasiat. kami diberi taklimat oleh pemilik Nasuha Herbs sendiri. kegunaan pelbagai jenis herba di terangkan, tp plg best tu dpt mencuba beberapa jenis tumbuhan yg digunakan didalam produk mereka. selepas taklimat, kami dibawa melawat sekeliling kawasan oleh pekerja mereka. memang banyak tumbuhan herba kt sini, rasanya memang tak ternilai herba-herba ni. sambil mendengar, posing bergmbar.. haha.. bukan apa, tu semua tuk kenangan bersama kawan-kawan. lebih kurang pukul 5 semua bertolak pulang ke UTM..

a piece of:
rrizza_izad


lokasi: Nasuha Herbs



bersama rakan & pensyarah


Loji air Melaka.







Thursday, February 11

Bayi oh bayi


MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?
Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.
Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.
Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.
Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.
Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.
Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.
Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.
Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.
Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.
“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.
“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.
Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.
Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.
“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.
Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.
“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.


Sedih bila baca artikel ni. siapa la yg tergamak buang baby tu.. cukup sifat, sempurna tetapi tidak sempat untuk mengenal erti kehidupan dunia. Manusia mana la yang durjana tu, dah la buang baby, depan pintu masjid pulak tu... Ya Allah... mari la kita sama-sama renungkan.. *_*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...