PAGES

Friday, March 26

konsert Rock !

Okay... ni plak konsert yang i rasa dh masuk sebulan berlangsung. konsert ni bukan nya konsert rock seperti tajuk tu, korang jgn salah sangka pulak tapi konsert nasyid. konsert ni dianjurkan oleh Kolej Tun Fatimah, UTM. Konsert Nazrey Johani Tour de Tahfiz di UTM ni merupakan lokasi yang ke-6 diadakan diseluruh Malaysia. Tujuan konsert ini adalah utk mengutip dana bagi membangunkan 'Kompleks Tahfiz Bayu Syahadah' di ranau, Sabah. 




Poster yang i buat

Ini merupakan kali pertama dan terakhir I menjadi AJK untuk konsert ni. :) memang letih, tapi berbaloi-baloi. haha..  persembahan-persembahaan artis memang mantap. Dari artis jemputan hinggalah Nazrey sendiri memberikan persembahan yang begitu bertenaga demi menghiburkan pelajar-pelajar UTM. Hasil kutipan memang membanggakan. Lebih dari 10 ribu berjaya dikutip hasil dari penjualan tiket dan juga sumbangan ikhlas orang ramai. Tidak sia-sia lah i buat promosi di setiap kolej dan masjid sekitar UTM ni. 


Tapi sayang la, tak dapat tengok konsert tu dari dekat. itulah nasib AJK, kena duduk belakang, jaga penonton, beli itu, beli ini... Argghh tension.. tapi dapat tengok dari jauh pn okay la kan... Nazrey Johani memang best.. okayla jom kita tengok sedikit gambar yg i ada.. thanks to Hidayah Anuar kerana upload gambar-gambar tu.. 

Peminat muslimah

VIP

membuat persembahan bersama anaknya

bergambar kenangan.


UNIC


As Saufee


Bergambar sebelah Nazrey


BYee..

klik untuk gambar lain... 



sudah selesai... Bye..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...