PAGES

Sunday, August 4

Ramadhan 1434H


Bismillahirrahmanirrahim  
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Alhamdulillah... Syukur masih lagi diberi kesempatan bernafas, melihat keindahan alam dan masih diberi kesempatan untuk meneruskan ibadah puasa. Tinggal empat hari sahaja Ramadhan akan meninggalkan umat Islam.

Di waktu begini, pasti ramai yang sedang meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing. Tambahan pula, cuti sekolah yang jatuh pada hari perayaan begini, pasti akan berlalu kesesakan di mana-mana lebuhraya.

Aidilfitri pada tahun ini merupakan tahun pertama bergelar sebagai seorang suami. Perasaan teruja kerana dapat sama-sama meraikan bersama isteri dan keluarga. Untuk pertama kalinya, aku dan isteri, glukos candy akan beraya di Johor Bahru. 

Sekarang ni kami berada di politeknik Merlimau, berkumpul di rumah kak ngah untuk bersama-sama meraikan Ramadhan sebelum Bertolak ke Kota Tinggi. Mujurlah isnin Dan selasa sudah diumumkan cuti oleh Datin Pengetua, dapatlah tunaikan hasrat isteri untuk dating ke merlimau ni.

Selamat berpuasa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...