PAGES

Showing posts with label hari guru. Show all posts
Showing posts with label hari guru. Show all posts

Tuesday, May 28

Teachers Day 2013 SMK Taman Setiawangsa - Part 5

Bismillahirrahmanirrahim  
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIK SMK TAMAN SETIAWANGSA. 

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA
 
 

Sambutan hari guru di SMK Taman Setiawangsa gamat dengan persembahan oleh pelajar secara spontan. mereka menari mengikut rentak lagu Psy. Tapi aku dapat tangkap gambar sahaja.



 
Untuk menonton aksi mereka, bolehlah klik pautan berikut. http://www.youtube.com/watch?v=v0MS6i6FLZs
 
 

Teachers Day 2013 SMK Taman Setiawangsa - Part 4

Bismillahirrahmanirrahim  
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIK SMK TAMAN SETIAWANGSA. 

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA
 
 














 


Monday, May 27

Teachers Day 2013 SMK Taman Setiawangsa - Part 3

Bismillahirrahmanirrahim  
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIK SMK TAMAN SETIAWANGSA. 

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA










Teachers Day 2013 SMK Taman Setiawangsa - Part 2

Bismillahirrahmanirrahim  
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIK SMK TAMAN SETIAWANGSA. 

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA










Teachers Day 2013 SMK Taman Setiawangsa - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim  
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
 
 
Assalamualaikum. 
 
17 Mei 2013, pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan hari guru peringkat sekolah. walaupun hari guru sebenarnya jatuh pada 16 Mei, majlis tetap berlangsung dengan meriah. pelbagai aktiviti persembahan telah diadakan bagi meraikan dan mengenang jasa guru-guru.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIK SMK TAMAN SETIAWANGSA. 

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA











 kredit : pelajar kelab fotografi SMKTSW

Saturday, May 25

SAJAK “GURU OH GURU” – USMAN AWANG (1979)


SMK TAMAN SETIAWANGSA



SAJAK “GURU OH GURU” – USMAN AWANG (1979)

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.




USMAN AWANG
1979

Tuesday, February 26

Taman Sutera, SMK

Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum bulan Mac menjelma. Suka dan duka silih berganti menguasai diri. mungkin disebabkan faktor usia ataupun faktor persekitaran ataupun kerinduan? Esok merupakan hari yang ke 42 berkhidmat sebagai guru ganti di Taman Sutera, sambil menunggu urusan posting selesai, buat ulangkaji andainya nama dipanggil untuk temuduga. Semoga segala urusan sentiasa dipermudahkan. 
 

"BERILMU, BERINTEGRITI, BERJASA"
Manusia yang berilmu hendaklah beramanah, berbakti kepada masyarakat

Wednesday, May 19

guru ibarat lilin

Hari guru

16 mei merupakan tarikh yang pasti ditunggu-tunggu oleh semua guru-guru. Hari guru semestinya diraikan pelajar sebagai tanda terima kasih mereka terhadap segala pengorbanan guru-guru yang telah banyak berjasa, berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa. Tahun ni aku dapat merasai sambutan hari guru, hanya ucapan dari pelajar, namun itu cukup bermakna.
Banyak kenangan waktu sekolah semasa menyambut hari guru. Macam-macam gelagat aku dapat tengok semasa sambutan hari guru.  Dari bersukan sampailah membuat persembahan. Walaupun panas terik, tapi tetap best.
Selamat hari guru aku ucapkan kepada guru-guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga didalam mendidik aku. Jasamu akan sentiasa terpatri disanubari. 



Biar Ku Menjadi Lilin


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan


Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

p/s: selamat hari guru kepada guru-guru dan rakan-rakan yang mengajar di SMK semenchu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...