Hari guru
16 mei merupakan tarikh yang pasti ditunggu-tunggu oleh semua guru-guru. Hari guru semestinya diraikan pelajar sebagai tanda terima kasih mereka terhadap segala pengorbanan guru-guru yang telah banyak berjasa, berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa. Tahun ni aku dapat merasai sambutan hari guru, hanya ucapan dari pelajar, namun itu cukup bermakna.
Banyak kenangan waktu sekolah semasa menyambut hari guru. Macam-macam gelagat aku dapat tengok semasa sambutan hari guru. Dari bersukan sampailah membuat persembahan. Walaupun panas terik, tapi tetap best.
Selamat hari guru aku ucapkan kepada guru-guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga didalam mendidik aku. Jasamu akan sentiasa terpatri disanubari.
Biar Ku Menjadi Lilin
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
p/s: selamat hari guru kepada guru-guru dan rakan-rakan yang mengajar di SMK semenchu.
No comments:
Post a Comment