SELAMAT HARI LAHIR SAYANG
Sayang, pengembaraan cinta ini
ada duka, gembira dan ceria
Sentiasa mewarnai setiap inci langkah pengembaraan sketsa cinta kita
tanpa ada sedikit rasa kesal menyelubungi diri.
Sayang, setiap langkah pengembaraan
Kita terus mengecapi kebahagiaan
Sayang, pada kita bahagia cinta
dalam menunggu kelahiran bukti cinta
terus berdetik saat yang mendewasakan
mematangkan benih cinta
mendewasakan pemikiran
mendewasakan pandangan
Sayang, Sketsa cinta yang dilalui
Pelbagai Ragam cinta yang dinikmati
sehingga menemukan kita hari yang dinanti
Menyambut ulangtahun kelahiranmu.
Sayang, berdoalah pada Illahi
Niat dan tanamkan di dalam hati ini
kalimah ayat suci
agar cinta kita diredhai Illahi
Sayang, hiburkan segala kesedihan,
hapuskan segala kepiluan
gembirakan segala kesedihan
Terangkan segala kebingungan
Agar kebahagiaan yang dibina mendatangkan keceriaan
Sayang, dihari lahirmu ini
kuharap hanya bahagia yang kau rasa
Kuharap semua keinginanmu termakbul
Ku doakan semoga dirahmati
SELAMAT HARI LAHIR
Rrizzaizad 05/11/13 10:50 pm
Temerloh, Pahang