PAGES

Monday, May 27

Teachers Day 2013 SMK Taman Setiawangsa - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim  
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
 
 
Assalamualaikum. 
 
17 Mei 2013, pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan hari guru peringkat sekolah. walaupun hari guru sebenarnya jatuh pada 16 Mei, majlis tetap berlangsung dengan meriah. pelbagai aktiviti persembahan telah diadakan bagi meraikan dan mengenang jasa guru-guru.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIK SMK TAMAN SETIAWANGSA. 

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA











 kredit : pelajar kelab fotografi SMKTSW

Taman Orkid Kuala Lumpur



Bismillahirrahmanirrahim  
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Kali ini, saya dan Glukos candy pergi bersiar ke Taman Orkid Kuala Lmpur. Ini kali ke dua kami ke sana memandangkan kunjungan yang pertama dahulu, kami kurang berpuas hati melihat pokok-pokok orkid yang ada disekitar taman tersebut. Kalau dulu, kami sempat juga bersiar melihat pokok bunga raya yang terdapat ditaman tersebut, tapi kali ini rasa malas kerana cuaca terlalu panas.

untuk pengetahuan taman ini tidak mengenakan bayaran masuk kepada pengunjung. jadi, kalau nak datang hari-hari pun boleh.


 



























Saturday, May 25

SAJAK “GURU OH GURU” – USMAN AWANG (1979)


SMK TAMAN SETIAWANGSA



SAJAK “GURU OH GURU” – USMAN AWANG (1979)

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.




USMAN AWANG
1979

Friday, May 24

13.3.13 birthday at Fend Ikan Bakar





Rabu, 13 Mac 2013 merupakan ulangtahun aku yang ke 28. Sambutan istimewa pada tahun ini kerana dapat bersama isteri meraikan hari yang istimewa. Terima Kasih kepada semua yang telah memberi ucapan dan doa, semoga doa yang diberikan termakbul. Amin.



Flower from my Lovely Wife 




Malam itu, kami berdua Dinner di restoran Fend ikan bakar. Makanan yang istimewa disini ialah ikan bakar.



 fend ikan bakar

ikan pari bakar




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...