PAGES

Thursday, May 20

Movie_Marathon

ok. dah nama pun cuti kan, aktiviti yang penting yang wajib aku buat kat rumah ni mestilah menonton movie. aku survey web, nak cari movie yang baru release, sekali bersepah laa.. ok ni la dia movie yang aku layan masa cuti ni. dlm 3 hari je aku layan semua. Robin Hood, A Nightmare on Elm Street, ip man 2, Dear John  semua movie ni memang best, siapa x tengok memang rugi. especially Dear John. memang tangkap feeling.. :)


Pengorbanan terhadap cinta 

Jangan biarkan mimpi menghantui anda :)

wachaaaa 

Pemanah yang hebat adalah pemanah yang memanah tepat ke hati :)

Wednesday, May 19

guru ibarat lilin

Hari guru

16 mei merupakan tarikh yang pasti ditunggu-tunggu oleh semua guru-guru. Hari guru semestinya diraikan pelajar sebagai tanda terima kasih mereka terhadap segala pengorbanan guru-guru yang telah banyak berjasa, berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa. Tahun ni aku dapat merasai sambutan hari guru, hanya ucapan dari pelajar, namun itu cukup bermakna.
Banyak kenangan waktu sekolah semasa menyambut hari guru. Macam-macam gelagat aku dapat tengok semasa sambutan hari guru.  Dari bersukan sampailah membuat persembahan. Walaupun panas terik, tapi tetap best.
Selamat hari guru aku ucapkan kepada guru-guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga didalam mendidik aku. Jasamu akan sentiasa terpatri disanubari. 



Biar Ku Menjadi Lilin


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan


Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

p/s: selamat hari guru kepada guru-guru dan rakan-rakan yang mengajar di SMK semenchu.

Sunday, May 9

KEKASIHKU - ibuku

Tanggal 9 mei merupakan tarikh keramat bagi semua ibu-ibu.
Selamat menyambut hari ibu kepada bonda tersayang, semoga sentiasa diberkati kesihatan agar dapat melayani kerenah anakanda-anakanda serta cucu tersayang.. amin..

KEKASIHKU


Padamu Kuharap
Kau Hadir Dalam Hariku
Agarnya Kau Tahu Betapa Kucinta Padamu...
Setiap Masa
Seolah Ada Di Sisi
Kasih Padamu Takkan Pernah Padam

Sayangku Hanya Engkau Di Hati
Jiwaku Ini Kosong Tanpa Pelukanmu
Oh Belaianmu...

Kasih Kita Ditakdirkan
Bersama Takkan Engkau Ku Persiakan
Walau Terkadang Hatimu Dah Terusik Olehku

Selagi Ada Nyawa Seluruh Daya
Kan Ku Pastikan Kau Gembira
Segala Cinta Dan Saat Bahagia
Oh Ibu...Ke Akhir Hayatku...

TROUBLE


Fuuhh memang penat ar wa cakap lu.. bukan apa, penat melompat layan lagu-lagu yang seach & wings bawakan masa konsert. Memang puas hati, konsert hampir dua jam , hampir 20 lagu diorang nyanyi. Seawal pukul 6 petang aku dah masuk indoor arena. Konon nak elak jammed la kan. Aku gerak dari rumah sewa bob dekat bangi pukul 3.30 petang punya la awal. Gila awal la. Bukan apa, tu nak redah cari area bukit kiara. Silap-silap kalau keluar lambat, memang tak sampai la jawabnya.

Masuk je dalam indoor arena ni, aku dah dengar suara si Ismahalil yang gila garau tu. Fuhh bukan main lagi dia bakar semangat peminat yang datang tu. Tapi aku respect dekat dia, pasal memang dia boleh kawal penonton-penonton dengan celoteh dia yang memang terbaik lah bagi aku. Maklumlah diakan deejay radio.

Akhirnya setelah hampir 3 jam aku duduk tunggu konsert start, bermulalah saat yang dinantikan. Lagu yang pertama dibawakan memang yang paling aku tunggu. Lagu GEMURUH bila start dinyanyikan memang betul-betul gemuruh indoor arena tu dibuatnya. Memang gamat la arena tu. Dari awal hingga akhir memang mantap persembahan search & wings. Aku memang tak berhenti melonjak ikut irama rock yang diorang bawa tu. Tengah sedap lompat, headbanging dengan rambut yang pendek ni, tiba-tiba je rasa tangan tersentuh sesuatu. Pehhh mamat sebelah aku ni dah siap buka baju, tak ingat pulak badan dia tu dah berlendir, lepas tu siap nak berhimpit pulak dengan aku. Potong stim betul la. Lantak kau la, aku lari kedepan sikit nak enjoy punya pasal.  Adik aku entah hilang mana pun aku tak tahu. Lantaklah, kau dah besarkan. Kau carilah port jamming sendiri.

Tengah sedap aku layan lentok, ada pulak mangkuk ayun mana ntah, tapi comfirm mamat & minah indon ni. Diorang boleh pulak buat projek dekat konsert tu, ni projek lain ok. Diorang ni penyeluk saku, aku dah hampir jadi mangsa diorang ni. Tapi diatas ke’sensitif’an deria aku ni, diorang gagal la dalam cubaan mencuri beg duit aku yang dalam dia ada berjuta-juta ringgit tu. Diorang ni memang buat hal betul la. Nasib baik la kau sempat lari kedepan, kalau tak memang kau dpat la penumbuk. Entah macammana, boleh pulak muka diorang ni ada dalam gambar yang aku ambik. Padan muka kau. Korang semua pastikan cam muka diorang ni, kalau la Nampak muka-muka ni dekat konsert, jauhkan la diri dari diorang.

Tengok tu, dah cerita pasal mat indon pulak... aku nak cerita pasal double trouble, dah termasuk trouble yang kau buat.. memang buat hal betul la..

30 minit terakhir konsert tu memang mantap. Diorang bergabung menyanyikan lagu-lagu hit diorang. Awie nyanyi lagu amy dan sebaliknya. Semalam yang hangat, Gadisku, Taman Rashidah Utama, Nurnilam Sari, Rozanna, Misteri Mimpi Syakila dan Bernafas Dalam Lumpur banyak lagi la. Fuhh memang berbaloi aku bayar 70 ringgit ni. Rasa tak cukup lagi, kalau diorag nak berkonsert sampai pagi pun aku on je. Maklumlah nak lepaskan gian. haha.. 

Konsert habis hampir pukul 12 tengah malam. Pukul 1 aku drive terus balik johor. 





    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...