PAGES

Thursday, December 30

Aku.Dia.Melaka & sejarah




Hari ni dah masuk hari yang ke 5 setelah aku pulang dari Melaka Bandaraya Bersejarah. barula sibuk nak buat entry pasal melaka, entah apa-apa je. sabtu lepas, bertolak dari rumah kak yan dalam pukul 8.30, lebih kurang sampai ke merlimau pukul 12tgh disebabkan rabun siang. eh bukan, disebabkan kesesakan lalu lintas. kukuh tak alasan tu? tujuan ke Merlimau adalah kerana si Glukos berada di rumah kakak dia, kak ngah. terpaksa la ke sana sambil tu boleh la berjumpa, tanya khabar dengan kakak dia.


hari yang indah, cuaca yang baik memang sesuai la untuk mencuci mata disekitar melaka. tetapi 1 je yang tak best, terpaksa meredah kesesakan orang ramai. dah kau pergi hari cuti, memang la ramai orang, padan muka aku. hasrat nak naik menara taming sari,  Malacca River Boat Tour tapi semuanya tidak kesampaian. sebab apa? ramai sangat pelancong haritu.. terpaksalah aku dan cik Glukos buat 'tour' sambil mendaki kota A'famosa. ok la tu dari tak ada  buat apa-apa. tapi bila dah sampai kat atas tu, kesian pulak tengok nabila dan adik ain. penat diorang mendaki. tapi harap diorang puasla berjalan-jalan. nanti kita pergi jalan-jalan lagi tau nabila.



 


    



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...