1 januari bertempat di Restoran Tepak Sireh, Sultan Gate s'pore berlangsungnya majlis akad nikah dan persandingan sepupu, Diana yusoff. lokasi menarik, pelamin unik, pengantin cantik berseri-seri. majlis tersebut hanya dihadiri oleh saudara mara yang terdekat serta rakan-rakan rapat pengantin sahaja. aku datang lewat, sampai je dekat sana, pengantin dah selesai akad nikah.
tetamu semua sibuk tengok pengantin, aku ikut pakcik-pakcik keluar pergi masjid sultan. lepas solat zohor, aku jalan sekitar kawasan tu, cari cenderahati untuk kawan-kawan dekat UTM. belom puas jalan-jalan, dah kena balik ke restoran tu semula. diorang cakap, kalau nak jalan-jalan, lepas habis majlis ni nanti, tapi haram tak ada, hujan lebat sampai ke petang. so memang tak ada rezeki la.. tapi tak pe la, dah dapat pun cenderahati tu, selamat. jom la kita tengok gambar pengantin.
2 januari, kak nor selamat melahirkan baby girl bih kurang pukul 8.25 malam. alhamdulillah baby dan mamanya selamat. berat baby 3.1 kg. ok la tu kan. nampaknya sekarang syaza dah jadi kakak, so tak boleh la nakal-nakal lagi.
3 januari, hakimi dah masuk darjah satu. tapi nama sekolah dia aku tak ingat la. sekolah dia pun tak la jauh sangat dari rumah, so senang la nanti nak pergi sekolah.
No comments:
Post a Comment