PAGES

Wednesday, December 14

FB, video dan blog ustaz, ustazah



Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Alhamdulillah, dapat juga update blog ni setelah sekian lama.
kelmarin semasa membaca n/paper, ada berita mengenai bagaimana fenomena mengenai FB dan blog ustaz, ustazah. memang tidak dinafikan lagi semakin hari internet menjadi medium yang paling mudah untuk kita mencari maklumat. tidak kurang juga untuk menyampaikan maklumat termasuklah ceramah-ceramah agama.


Sekarang ni, lebih kurang 600,000 blogger dan lebih 12 juta pengguna laman sosial yang sangat popular iaitu Facebook (FB). yang paling popular sekarang ni siapa lagi kalau bukan
pendakwah wanita popular negara, Datuk Siti Norbahyah Mahmud. laman FB beliau menduduki tangga teratas daripada hampir 16 nama pendakwah yang mempunyai pengikut dan original page masing-masing di laman FB.

Ustazah Siti Norbahyah 727,669 pengikut 




Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (291,462 pengikut).



Akan tetapi dipercayai muka baru dalam dunia dakwah hari ini dengan pendekatannya yang tersendiri, iaitu


menggunakan kelebihan bercakap dalam loghat pantai timur menarik begitu ramai perhatian peminat dan pendengar terutamanya dalam laman You tube.


Setiap hari ada sahaja, mereka yang menghantar atau posting rakaman You tube beliau ke laman Fb untuk tujuan penyebaran dan ia begitu mendapat sambutan orang ramai.
Pada masa yang sama ceramah atau tazkirah oleh Azhar bergema dan berkumandang melalui rakaman kaset di premis-premis perniagaan seperti kedai buku, kedai menjual baju dan sebagainya sebagai satu daya tarikan kepada para pembeli untuk berada lama dalam premis perniagaan mereka.


Beliau juga boleh ditemui melalui buku terbitan terbaru Syarikat PTS; Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa. Beliau menjawab lebih 100 soalan dalam buku tersebut.
Begitulah pelbagai cara dan pendekatan digunakan untuk para pendakwah hari ini untuk menyebarkan Islam.


ada seorang lagi penceramah yang memang best, iaitu

Ustaz Hazlin Bahrin

 

menggunakan kelebihan beliau iaitu suara yang memang sedap apabila mengalunkan ayat-ayat al-Quran. tetapi alunan tu didalam nada hindustan, itu yang buat dia lain dari yang lain.



Dah terbukti kan, golongan pendakwah dan agama di negara ini mempunyai pengaruh yang cukup besar melalui hubungan yang terjalin di alam maya. kalau dulu para pendakwah mendekati sasaran melalui rakaman kaset yang boleh dibeli dan diulang dengar berkali-kali.
walau apapun cara yang digunakan, dakwah memang perlu diteruskan. ianya tidak akan pernah terhenti.
AllahuAkbar











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...