PAGES

Sunday, November 27

OH FELDA KU...



Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.






Bolehkah kita bayangkan perbandingan
kehidupan kita sebelum mak dan ayah kita masuk Felda dan
selepas memasuki Tanah Rancangan Felda?

Fikirkan sejenak secara mendalam... 




SEMUA PENDUDUK MALAYSIA SUDAH TAHU, APAKAH ITU FELDA.
DUNIA PUN SUDAH MENGETAHUI KEJAYAAN KITA SEBAGAI KOMUNITI FELDA.

TEORI KEWUJUDAN FELDA


 # Tahun 1954 – lebih kurang 500 orang penduduk Kedah menebang hutan di Batu Lapan, Kedah untuk dijadikan
                           kawasan perladangan dan penempatan.


•    10 ekar seorang untuk tanah pertanian
•    ½ ekar seorang untuk kawasan rumah
•    Serangan malaria membunuh 50 orang
•    Peneroka sendiri-sendiri ini gagal




# Tahun 1955 – hutan ditebang dan diterokai di Bukit Tembaga dan Bukit Tangga, Kedah


•    Konsep dan ciri-ciri yang sama dengan Batu Lapan
•    Kerja bergotong royong tetapi ada agenda peribadi
•    Persiapan kewangan dan peralatan tidak mencukupi
•    Perancangan dan blue-print tidak ada
•    Pengurusan dan pentadbiran tidak ada
•    Membelakangkan Pihak Berkuasa / Kerajaan




# Tahun 1956 – oleh sebab berlaku kegagalan dan kematian seperti di atas, Kerajaan Malaya menggubal Ordinan
                          yang popular dengan nama Akta Felda (Federal Land Development Authority – FELDA)
                          (Undang-undang sebelum Merdeka disebut Ordinan)


•    Diwujudkan Dana Kewangan Pembangunan Tanah
•    Diberi pinjaman kepada Kerajaan-kerajaan Negeri untuk membuka hutan sebagai tanah pertanian bagi penduduk     yang tidak bertanah
•    Pengurusan dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Negeri
      -    Ayer Lanas, Kelantan
      -    Kemendore, Melaka
•    Konsep ini gagal kerana

Persefahaman asas perpaduan ummah







Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Hijrah membina penghayatan Islam

1 Muharam  1433 hijrah


Di negara kita sambutan tahun baru hijrah atau sambutan Maal Hijrah adalah salah satu kebesaran Islam rasmi peringkat negara. Tema sambutan pada tahun ini adalah 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'.




Tarikh atau sambutan tahun baru hijrah adalah perkara yang telah sedia maklum dan difahami oleh kebanyakan orang. Telah banyak perkara berkaitan dengan sejarah hijrah dan juga sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW diperbincang setiap kali sambutan Maal Hijrah.


Namun demikian tidak dinafikan juga kemungkinan kita terlepas pandang atau tidak menyedari tentang peristiwa sejarah yang berlaku itu mempunyai pengajaran dan iktibar yang amat bermakna.
Perlu kita sedari bahawa Allah SWT tidak menjadikan sesuatu peristiwa itu dengan sia-sia bahkan ada pengajaran atau ibrah di sebalik peristiwa tersebut dengan tujuan dijadikan pengajaran dan iktibar serta panduan kepada umat yang berikutnya.

What ? putus kasih ?



Bismillahirrahmanirrahim 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Hari ni dah masuk 20 hari menjalani kehidupan tanpa si DIA. entah kenapa, mungkin merajuk ataupun sudah tidak serasi bersama. ataupun mungkin disebabkan aku sendiri yang telah berangan-angan untuk mencari yang lain? adakah betul tindakan yang aku buat ni? 

Oh! macam tak percaya je aku boleh survive tanpa dia di depan mata. selama ni boleh dikatakan hampir 24 jam sehari aku menghadap muka dia. tapi sekarang.... tiada lagi seperti dulu. tiada lagi tangis, gelak ketawa untuk menghiburkan hati aku. apakan daya....

aku dah berjumpa beberapa rakan untuk mendapatkan nasihat, dan pandangan bagi menyelesaikan masalah aku ni. tapi semuanya masih sama sahaja. 

nampaknya tiada pilihan lain, aku terpaksa menghantar dia bagi merawat dan mengubati kekecewaannya terhadap diriku. tapi aku tak pasti doktor mana yang boleh merawat dan mengubatinya dengan harga yang termurah dan terendah.

semoga doktor dapat merawat dan mengubati kekecewaannya supaya aku dapat berhubung kembali dan meneruskan urusan-urusan yang telah terbengkalai setakat ini. 

cik glukos candy, Asssignment, movie, Mp3, download, facebook, youtube, football manager dan banyak lagi aktiviti yang biasa aku lakukan seharian kini terbengkalai semuanya gara-gara  


CQ40
R.O.S.A.K!!!!!!!






 :)
harap-harap dapat la laptop ni pulih macam biasa...






Friday, November 11

pertindihan tarikh

Bismillahirrahmanirrahim 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
kenapa kita selalu hadapi  situasi macam ni? bila rasa semangat untuk buat sesuatu, pasti akan ada halangan. itulah kehendak tuhan, mungkin belum tiba masanya lagi untuk kita mendapatkan apa yang kita mahu ataupun ia nya hanya satu kebetulan sahaja.
18 dan 19 november ni akan diadakan 1 kursus perkahwinan dan pada masa yang sama juga ada kursus ISO 9001:2008. kursus ISO dah daftar pun, so terpaksa la melepaskan kursus kahwin tu. maybe lain kali, ditempat dan masa yang lain.
ISO 9001:2008
kursus perkahwinan




11.11.11

Bismillahirrahmanirrahim 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
11.11.2011
dalam sedar ataupun tidak, hari ni merupakan hari yang penuh barakah. tarikh 11.11.2011 jatuh pada hari jumaat. penghulu segala hari.  dah macam-macam post yang keluar di wall FB tu. semuanya sebut pasal tarikh ni. ada yang bersyukur, ada yang mengeluh, ada yang memuji kebesaran tuhan menyusun setiap hari-hari yang kita lalui dengan begitu tersusun dan menakjubkan. tapi yang paling aku suka sekali adalah status oleh fedtri
JUMAAT - penghulu segala hari jatuh pada....11.11.11... Allah merancang begitu hebat dan sempurna..... DIAlah yang SATU dan selamanya SATU.... dimahkotakan pada hari yang MULIA dan penuh BARAKAH......
nampak mcm biasa je kan, tetapi mempunyai maksud yang mendalam.
biarla mereka semua berfalsafah, sebab tarikh macam ni bukan nya selalu ada. mungkin tahun depan 12.12.12 adalah tarikh yang lebih penting, siapa tahu pada tarikh tu cik GLUKOS CANDY naik pelamin pulak. doakan ya semua. 
kalau nak di imbas kembali, pada tahun lepas 10.10.10 aku ke KL jumpa cik Glukos Candy.
ada lagi, tarikh tu jgk la berlaku tragedi berdarah di highway PLUS. waktu tu aku dalam perjalanan pulang ke Johor, dalam bas, tersadai hampir 2 jam. lebih kurang 5 km je dari tempat kemalangan. memang sedih bila lalu depan bas-bas tu. secara tak langsung ada jugak kenangan pada tarikh tu. 
bas yang masuk ke laluan bertentangan.


mayat bergelimpangan
 

semoga pada hari ni, semuanya akan berjalan lancar, tiada berita sedih, rezeki mencurah-curah, hidup diberkati, hubungan dan kasih sayang semakin erat dan bertambah bahagia hendak-Nya. InsyaAllah.

 
 




Wednesday, November 9

Splendid Aidiladha


Bismillahirrahmanirrahim 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Alhamdulillah. bersyukur pada Allah S.W.T kerana telah diberi nikmat dan kesempatan untuk sekali lagi meraikan Aidiladha. 

Dalam kemeriahan umat islam menyambut aidiladha, 11 Zulhijjah 1432, Cik Glukos Candy telah selamat di RISIK. ok, officially, you're mine. Alhamdulillah. 

sekadar gambar hiasan. yang ni bukan milik cik glukos candy


Semoga segala perancangan akan mendapat restu dari keluarga dan mendapat keberkatan Allah s.w.t hendaknya. amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...