PAGES

Sunday, November 27

What ? putus kasih ?



Bismillahirrahmanirrahim 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Hari ni dah masuk 20 hari menjalani kehidupan tanpa si DIA. entah kenapa, mungkin merajuk ataupun sudah tidak serasi bersama. ataupun mungkin disebabkan aku sendiri yang telah berangan-angan untuk mencari yang lain? adakah betul tindakan yang aku buat ni? 

Oh! macam tak percaya je aku boleh survive tanpa dia di depan mata. selama ni boleh dikatakan hampir 24 jam sehari aku menghadap muka dia. tapi sekarang.... tiada lagi seperti dulu. tiada lagi tangis, gelak ketawa untuk menghiburkan hati aku. apakan daya....

aku dah berjumpa beberapa rakan untuk mendapatkan nasihat, dan pandangan bagi menyelesaikan masalah aku ni. tapi semuanya masih sama sahaja. 

nampaknya tiada pilihan lain, aku terpaksa menghantar dia bagi merawat dan mengubati kekecewaannya terhadap diriku. tapi aku tak pasti doktor mana yang boleh merawat dan mengubatinya dengan harga yang termurah dan terendah.

semoga doktor dapat merawat dan mengubati kekecewaannya supaya aku dapat berhubung kembali dan meneruskan urusan-urusan yang telah terbengkalai setakat ini. 

cik glukos candy, Asssignment, movie, Mp3, download, facebook, youtube, football manager dan banyak lagi aktiviti yang biasa aku lakukan seharian kini terbengkalai semuanya gara-gara  


CQ40
R.O.S.A.K!!!!!!!






 :)
harap-harap dapat la laptop ni pulih macam biasa...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...