PAGES

Friday, November 11

11.11.11

Bismillahirrahmanirrahim 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
11.11.2011
dalam sedar ataupun tidak, hari ni merupakan hari yang penuh barakah. tarikh 11.11.2011 jatuh pada hari jumaat. penghulu segala hari.  dah macam-macam post yang keluar di wall FB tu. semuanya sebut pasal tarikh ni. ada yang bersyukur, ada yang mengeluh, ada yang memuji kebesaran tuhan menyusun setiap hari-hari yang kita lalui dengan begitu tersusun dan menakjubkan. tapi yang paling aku suka sekali adalah status oleh fedtri
JUMAAT - penghulu segala hari jatuh pada....11.11.11... Allah merancang begitu hebat dan sempurna..... DIAlah yang SATU dan selamanya SATU.... dimahkotakan pada hari yang MULIA dan penuh BARAKAH......
nampak mcm biasa je kan, tetapi mempunyai maksud yang mendalam.
biarla mereka semua berfalsafah, sebab tarikh macam ni bukan nya selalu ada. mungkin tahun depan 12.12.12 adalah tarikh yang lebih penting, siapa tahu pada tarikh tu cik GLUKOS CANDY naik pelamin pulak. doakan ya semua. 
kalau nak di imbas kembali, pada tahun lepas 10.10.10 aku ke KL jumpa cik Glukos Candy.
ada lagi, tarikh tu jgk la berlaku tragedi berdarah di highway PLUS. waktu tu aku dalam perjalanan pulang ke Johor, dalam bas, tersadai hampir 2 jam. lebih kurang 5 km je dari tempat kemalangan. memang sedih bila lalu depan bas-bas tu. secara tak langsung ada jugak kenangan pada tarikh tu. 
bas yang masuk ke laluan bertentangan.


mayat bergelimpangan
 

semoga pada hari ni, semuanya akan berjalan lancar, tiada berita sedih, rezeki mencurah-curah, hidup diberkati, hubungan dan kasih sayang semakin erat dan bertambah bahagia hendak-Nya. InsyaAllah.

 
 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...