PAGES

Tuesday, October 11

Pertemuan Pertama




Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 


Tiba jua 10 Oktober. tarikh dimana pertemuan dua jiwa yang saling memerlukan antara satu sama lain. Perkenalan yang bermula dengan sebuah persahabatan, berkembang sehingga membuahkan bibit-bibit cinta yang hanya Tuhan sahaja yang tahu penyudahnya.

Persahabatan yang terjalin tanpa diduga, akhirnya

Saturday, October 8

Bersediakah Aku Menjadi Suami?

Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.

Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.

Namun dalam Islam, ukuran persediaan untuk menjadi suami bukanlah seperti di atas.
Persediaan untuk menjadi suami lebih tertumpu kepada kualiti lelaki tersebut dan inilah yang akan diperincikan di sini.

Semester Yang Terakhir !



Bismillahirrahmanirrahim 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 



sekejap rasa masa berlalu, terasa begitu pantas. sudah 4 tahun bergelar mahasiswa Universiti teknologi Malaysia. banyak perubahan yang dapat dirasakan bermula sebagai pelajar di Politeknik Johor bahru, kemudian ke Politeknik Sutan Idris Shah dan sekarang, bakal menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia. 

semester ni, hanya mengambil 9 jam kredit. masa yang terluang amatlah banyak. selasa dan jumaat adalah hari cuti bagi aku yang hanya mendaftar 9 jam kredit sahaja. harapan menggunung untuk score 4.0 semester ni harap tercapai. :)




:: bila diingat kembali dari hari pertama mendaftar sehinggalah hari ini, lagu UTM jugalah yang best tuk dinyanyikan. 


Lagu UTM - Keunggulan Terbilang


Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama taqwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman

Ke arah kecemerlangan
 
Pembelajaran penyelidikan
 Penulisan Perundingan
Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa





Bajet 2012 untuk Guru






Bismillahirrahmanirrahim 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful






Alhamdulillah. lagi berita gembira mengenai Bajet 2012. kenaikan gaji guru. Cik Glukos candy mesti happy mendengar bajet tahun ni. 


Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan teks ucapan Bajet 2012 selepas pembentangannya di Bangunan Parlimen semalam.


Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.





sumber : Bajet 2012



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...