PAGES

Saturday, October 8

Semester Yang Terakhir !



Bismillahirrahmanirrahim 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 



sekejap rasa masa berlalu, terasa begitu pantas. sudah 4 tahun bergelar mahasiswa Universiti teknologi Malaysia. banyak perubahan yang dapat dirasakan bermula sebagai pelajar di Politeknik Johor bahru, kemudian ke Politeknik Sutan Idris Shah dan sekarang, bakal menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia. 

semester ni, hanya mengambil 9 jam kredit. masa yang terluang amatlah banyak. selasa dan jumaat adalah hari cuti bagi aku yang hanya mendaftar 9 jam kredit sahaja. harapan menggunung untuk score 4.0 semester ni harap tercapai. :)




:: bila diingat kembali dari hari pertama mendaftar sehinggalah hari ini, lagu UTM jugalah yang best tuk dinyanyikan. 


Lagu UTM - Keunggulan Terbilang


Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama taqwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman

Ke arah kecemerlangan
 
Pembelajaran penyelidikan
 Penulisan Perundingan
Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...