Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Tiba jua 10 Oktober. tarikh dimana pertemuan dua jiwa yang saling memerlukan antara satu sama lain. Perkenalan yang bermula dengan sebuah persahabatan, berkembang sehingga membuahkan bibit-bibit cinta yang hanya Tuhan sahaja yang tahu penyudahnya.
Persahabatan yang terjalin tanpa diduga, akhirnya
memberikan harapan kepada jiwa yang masih kosong dan jauh dari memiliki cinta.
memberikan harapan kepada jiwa yang masih kosong dan jauh dari memiliki cinta.
Alhamdulillah, percintaan yang bermula di bulan Ramadhan disusuli dengan pertemuan pertama di 'Musholla' adalah merupakan takdir bagi kedua-dua jiwa untuk meneruskan dan mengeratkan lagi silaturrahim.
Semoga Cinta dan Cita yang selama ini dicari akan mendapat restu dan keredhaan Allah S.W.T agar dapat mencari cinta bukan sekadar cinta kepada manusia, tetapi cinta kepada Allah, cinta yang azali. InsyaAllah.
:: Kebahagiaan yang dicari tidak datang dengan sendiri, pengorbanan adalah kunci kebahagiaan bagi setiap pasangan ::
No comments:
Post a Comment