PAGES
Thursday, August 25
teknik mudah mencari mukasurat Al-Quran
Assalam.. saya dapat info ni dari giler kentang. memang menakjubkan. mungkin ada diantara korang yang dah tahu pasal benda ni. jom sama-sama kita cuba guna teknik ni, dan boleh diamalkan setiap kali mengaji.
Mari Kita Cuba
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka suratsetiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman
82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin
sakit depan lutut
Harian Metro macam tau-tau je masalah yang aku alami sekarang ni. dah hampir 2 bulan aku alami kesakitan pada lutut kiri. mungkin disebabkan pelanggaran semasa pertandingan futsal dulu. nampaknya kena la kurangkan bersukan lepas ni.
MASALAH LUTUT
CHONDROMALACIA Patella (CMP) antara penyebab sakit lutut yang kronik paling biasa terjadi. CMP adalah keadaan yang mana tulang rawan (kartilaj) yang meliputi permukaan belakang tulang tempurung (patella) lutut menjadi lembut yang tidak normal dan rosak.
CMP terjadi lantaran proses penyusutan (degenerative) tulang rawan disebabkan aktiviti berlebihan atau kebiasaannya disebabkan pergerakan tulang tempurung lutut yang tidak normal.
Ketika lutut dilurus atau dibengkokkan, tulang tempurung menggelongsor di atas permukaan rawan pada hujung bawah tulang femur. Keadaan ini juga sama seperti Patellafemoral Pain Syndrome iaitu sakit pada bahagian bawah dan sekeliling tulang tempurung lutut.
Tulang tempurung dalam keadaan normal digerakkan oleh otot paha (quadriceps)
Wednesday, August 24
bila cikgu lambat masuk kelas, murid akan...
selepas korang tengok gambar-gambar ni, pasti korang akan teringat kenakalan korang masa sekolah dulu. suka conteng papan hitam bila cikgu belum masuk kelas. tapi bukan setakat papan hitam je, dinding kelas, toilet pun korang conteng jugakkan? pokok pun bleh jadi mangsa korang, tulis nama awek korang pada batang pokok. tapi gambar kat bawah ni lagi advance, dah tahap budak universiti la ni. macam-macam hal..
komik KL Gangster
perbezaan Facebook lelaki dan perempuan
Friday, August 12
beza antara Lelaki dan Wanita bila bergambar
Tuesday, August 9
Hukum Memelihara Janggut
Isu pembayaran Professional Course di UTM
2 hari lepas dalam AIMSWEB semasa menyemak mengenai pembayaran yuran semester akhir, dalam list tu ada tertera item Professional Course. Bukan murah caj yang dikenakan. untuk Professional Course ini sahaja berjumlah RM200. saya dah tanya beberapa orang rakan tetapi masih belum ada respond lagi.
Alhamdulillah hari ini saya dah dapat jawapan yang di post kawan melalui FB beliau. kepada Ikhwan Ahmad dan yang lain-lain, inilah dia jawapan berhubung masalah kita.
<KENYATAAN RASMI MPMUTM sesi 2010/2011>
item yang terakhir yang menimbulkan tanda tanya
<KENYATAAN RASMI MPMUTM sesi 2010/2011>
Salam dan salam sejahtera, berhubung dengan isu yang hangat diperkatakan, iaitu yuran naik sebanyak RM200, salah satu sektor yang perlu dibayar oleh para pelajar (samada tahun 1, 2, 3, 4 dan 5), iaitu Professional Course. Para pelajar boleh melihat slip
Monday, August 8
Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa
- Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.
- Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.
Keputusan (English):
Determination of zakat fitrah all over Malaysia
Decision:
melukis gambar bersama Syaza
Monday came so quickly. it's so quiet without the cries and laughter from syaza, safiyya and maisara.
Disebabkan rasa bosan yang membelengu diri, Syaza, 4 tahun telah berjaya membuatkan uncle-nya melukis beberapa gambar haiwan. haiwan berkenaan langsung tidak menyerupai citarasa dan selera kita yang memandangnya.

ini encik semut merah.
syaza cakap kenapa lukis besar? semut kan kecik je.
nak jawab apa?
Sunday, August 7
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Chelsea 2011/2012 premier league fixtures
Saturday, August 6
The Picture of Ramadhan
Alhamdulillah. syukur ke Hadrat Allah. hari ini adalah hari yang ke-5 kita menjalankan ibadah puasa. saya ingin berkongsi serba sedikit gambar yang saya perolehi daripada laman web boston.com dimana ia memaparkan suasana umat islam menyambut bulan Ramadhan. semoga Ramadhan ini membawa keamanan kepada dunia terutama bumi islam. Insyaallah.
Ramadan begins
Muslims around the globe have begun their holiest month of the year by giving up food, drink, smoking and other physical needs from dawn till dusk each day. In many communities, large dinner gatherings are held each evening to break the fast. The month also marks a time for Muslims to reexamine their lives through the prism of Islamic teachings. -- Lloyd Young
A student reads the Koran before morning prayer on the holy month of Ramadan at the Al-Mukmin Islamic boarding school in Solo, Indonesia Central Java province, August 2. (Beawiharta/Reuters)
A Pakistani Muslim prepares food stuff for 'Iftar' a time to break their fast, on the first day of holy fasting month of Ramadan at a mosque August 2 in Karachi. Muslims across the world are observing the holy fasting month of Ramadan, where they refrain from eating, drinking and smoking from dawn to dusk. (Shakil Adil/Associated Press) #
Friday, August 5
kisah sham Kamikaze
kisah Penghijrahan Sham Kamikaze terus mendapat tempat di Media apabila kisahnya disiarkan di TV9. Selain dari kisahnya yang saya jadikan sebagai entry semalam. sama-sama kita jadikan iktibar supaya kita peroleh Hidayah dan Keampunan dapi-Nya.
Inilah kisahku - Part 1
Inilah Kisahku - Part 2
peminta sedekah dibazar ramadhan
pagi tadi, dapat email dari cik glukos candy mengenai kisah seorang pengemis. terima kasih kepada glukos candy kerana telah berkongsi cerita ni. jom sama-sama kita jadikan ikhtibar.
Jam 5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.

Mereka bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan secara sah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada harinya mereka untung, mungkin ada hari tertentu mereka kerugian.
Begitulah adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini, mereka sentiasa bekerja keras mencari rezeki secara halal.
Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan. Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...
Thursday, August 4
Penghijrahan Sham kamikaze
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
MENCARI HIKMAH DI SEBALIK DUKA DAN DERITA
MENCARI HIKMAH DI SEBALIK DUKA DAN DERITA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)
Duka, gundah dan derita itu tidak diminta. Bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah daripada semuanya. Namun, seperti mana penyakit, ia hadir ke dalam kehidupan seseorang melalui pelbagai jalan. Kita tidak mencari penyakit, tetapi jika ia datang juga, kita akan sabar dengan mengharapkan pahala dan keampunan Allah. Walaupun penyakit itu tidak digemari, tetapi betapa ramai insan yang menghampirkan diri kepada Allah kerana penyakit yang menimpanya. Lalu, dia akan berkata pada suatu hari “alangkah rahmatnya ujian kesakitan itu”.
Duka dan derita itu lebih luas daripada sakit. Sakit merupakan salah satu sebab duka dan derita, tetapi betapa banyak duka dan derita yang tidak disebabkan penyakit. Duka dan derita boleh hinggap kepada insan yang sihat dan yang sakit. Terkena kepada yang miskin dan yang kaya. Menimpa yang bergelar hamba dan bergelar raja. Kadang-kala ia datang dengan bersebab. Kadang-kala seakan tidak tahu sebabnya. Kadang-kala kelihatan sebab itu sangat kerdil, tetapi derita di jiwa sangat besar.
Wednesday, August 3
LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.
Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
MALAM LAILATUL-QADAR
MALAM LAILATUL-QADAR
Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. | |
Maksudnya: | " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam " |
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.: | |
Maksudnya: | " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta |
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada | |
dosa-dosa yang telah lalu " | |
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: | |
Maksudnya: | " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh |
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. " | |
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda: | |
Maksudnya: | " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan |
dalam malam ganjil. " | |
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah: | |
Maksudnya: | " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar |
iaitu malam ke-27. " | |
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar. | |
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi: | |
Maksudnya: | " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam |
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. " | |
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati | |
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa: | |
Maksudnya: | " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah |
keampunan-Mu untukku. " | |
Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Solat Tarawih Malam Pertama
Tuesday, August 2
UTM in Top Position in Two University Rankings
UTM in Top Position in Two University Rankings
Saturday 30 July 2011. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) is now in top position in university ranking in Malaysia based on two world university rankings namely Webometrics (www.webometrics.info) dan 4 International Colleges & Universities (www.4icu.org). Both rankings use the website ass...essment approach to determine the performance of universities based on content, references, visibility and scholarship through activities in cyber space. This is based on the premise that universities which are ranked highly are always referred to and act as reference points based on material content and scholarship of the academics at the university. In the present modern context, this is done virtually. The latest webometric ranking announced on 30 July reported that UTM is placed in top position followed by USM, UKM, UM and UPM. At the global stage, UTM is ranked 419, USM 428, UKM
462, UM 552 dan UPM 589. The webometric ranking involves 20,000 higher learning institutions around the world. The top ten ranking is monopolised by American universities like MIT, followed by Harvard, Stanford, Cornell, Berkeley, Michigan, Wisconsin Madison, Washington, Minessota dan Pennsylvania. While for the 4 International Colleges and University (4ICU) ranking, UTM is in top position in Malaysia and 280 in the world. The 4ICU Ranking which was announced earlier week is an accredited college and university search engine and directory covering10,200 institutions in 200 countries. According to the UTM Vice-Chancellor, Prof Zaini Ujang, “UTM's success in top position in Malaysia in both rankings is the result of teamwork and strong team effort among the whole university community including academic and non-academic staff as well as students. "Dr Zaini further added, “UTM implements high impact and differentiation strategy in all dimensions to ensure that the organisation is more focused, vibrant and competitive.
Kebanggan UTM.
Menduduki tangga ke 4 diantara universiti di Asia Tenggara. Tahniah.
Mendahului carta terbaik universiti di Malaysia. Tahniah.
Monday, August 1
Kelebihan Solat Tarawih
Alhamdulillah.. pada malam 31 julai 2011 adalah malam pertama bagi umat islam di Malaysia menunaikan Solat Tarawih. ini bermakna pada 1 ogos adalah bermulanya puasa.
sekadar ingin berkongsi maklumat mengenai fadhilat atau kelebihan mengenai solat Tarawih bermula dari malam pertama sehinggalah ke malam terakhir.
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH
Kelebihan bulan Ramadhan
Assalamualaikum. entry kali ini saya akan berkonsi sedikit maklumat mengenai bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah ini. terdapat pelbagai kelebihan bulan ramadhan, diharap dengan maklumat dan sedikit ilmu yang dikongsi ini, kita sama-sama dapat mengejar dan sama-sama merebut peluang ibadah pada bulan yang penuh rahmat ini.
Antara 12 kelebihannya ialah:
Antara 12 kelebihannya ialah:
1) Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka ditutup. Perkara ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hamba-Nya yang taat beribadah dan menurut segala perintahNya.
2) Syaitan diikat sepanjang Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi perlu diingat bahawa nafsu akan menggantikan tugas syaitan sekiranya kita lalai.
3) Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat.
4) Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada haruman kasturi di sisi Allah.
5) Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
6) Barangsiapa memuji Allah kemudian membaca al-Fatihah 7 kali sepanjang bulan yang mulia ini, maka biiznillah dijauhkan daripadanya mengalami sakit mata yang kronik.
7) Bagi mereka yang mendapatkan malam Lailatul Qadar, ia bakal memperoleh ganjaran yang sangat hebat sama seperti ganjaran 1000 bulan iaitu dengan mendapat keampunan, pahala & darjat yang tertinggi.
8) Amalan yang dilakukan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda. Satu solat fardhu pada Ramadhan bersamaan 70 solat fardhu pada bulan lain manakala satu solat sunat pada Ramadhan bersamaan 1 solat fardhu pada bulan lain.
9) Bersedekah atau memberi makan kepada orang berpuasa (walaupun hanya dengan sebiji kurma & segelas air), Allah memberi ganjaran minuman dari kolam Hudh yang sangat menyegarkan kemudiannya dimasukkannya ke Jannah(syurga).
10) Sesiapa mendirikan solat berjemaah sepanjang Ramadhan, maka didirikan untuknya kota bercahaya indah di akhirat kelak. Sesiapa yang berdoa dengan penuh keikhlasan, maka Allah memakbulkan doanya dalam masa yang singkat.
11) Tidur orang yang berpuasa adalah ibadat, nafasnya adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah & amalnya dilipat gandakan.
12) Diselawati malaikat. Sabda Rasulullah s.a.w, "Tatkala orang yang berpuasa berbuka, maka diselawati para malaikat ke atasnya sehingga selesai makannya".
(H.R Bukhari, Muslim, Tirmidzi)
"Ya Allah, sampaikanlah kami kepada penghujung Ramadhan, sekiranya ini yang terakhir buat kami, maka jauhkanlah kami dari mensiakannya. Sesungguhnya rugilah bagi yang hidup dalam kelekaan."
Ameen
Ahlan ya Ramadhan
Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhirnya dapat jua saya buat entry sekali lagi setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk melakukannya. hari ini adalah hari pertama umat islam di malaysia menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. alhamdulillah pada waktu entry ini ditulis, hujan turun bagai menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah ini.
Hanya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan kepada seluruh umat Islam semoga diberi kesihatan dari segi rohani dan jasmani bagi menunaikan amalan-amalan kepada-Nya. semoga kita semua mendapat rahmat dan keredhaan-Nya. InsyaAllah.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua muslimin dan muslimat

Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- 2 HATI MENJADI 1 (5)
- bola sepak (1)
- Buat Gadis Kesayanganku (15)
- bulan islam (25)
- family (10)
- FELDA (2)
- friends (2)
- Gadis Kesayanganku (12)
- genting highland (2)
- hari guru (8)
- Hari Ibu (2)
- Hari Ibu - Tarikh istimewa buat Ibu-ibu (1)
- ikan patin (1)
- ilmu minda (39)
- info (20)
- jalan-jalan (16)
- johor (2)
- kangen band (1)
- kisah dunia (6)
- konsert (4)
- lagu best (5)
- layang-layang (1)
- LENSA (9)
- lirik best (3)
- MEdSI (2)
- medsi question (2)
- Menghindar daripada dosa (3)
- movie best (5)
- muharram (2)
- novel (1)
- Pergaulan bebas (1)
- puisi best (4)
- ramadhan (18)
- sajak (3)
- soalan medsi (2)
- sukan (3)
- Syawal (6)
- terapi minda (20)
- utm (15)