PAGES

Thursday, August 25

sakit depan lutut




Harian Metro macam tau-tau je masalah yang aku alami sekarang ni. dah hampir 2 bulan aku alami kesakitan pada lutut kiri. mungkin disebabkan pelanggaran semasa pertandingan futsal dulu. nampaknya kena la kurangkan bersukan lepas ni.

MASALAH LUTUT


CHONDROMALACIA Patella (CMP) antara penyebab sakit lutut yang kronik paling biasa terjadi. CMP adalah keadaan yang mana tulang rawan (kartilaj) yang meliputi permukaan belakang tulang tempurung (patella) lutut menjadi lembut yang tidak normal dan rosak.
CMP terjadi lantaran proses penyusutan (degenerative) tulang rawan disebabkan aktiviti berlebihan atau kebiasaannya disebabkan pergerakan tulang tempurung lutut yang tidak normal.

Ketika lutut dilurus atau dibengkokkan, tulang tempurung menggelongsor di atas permukaan rawan pada hujung bawah tulang femur. Keadaan ini juga sama seperti Patellafemoral Pain Syndrome iaitu sakit pada bahagian bawah dan sekeliling tulang tempurung lutut.
Tulang tempurung dalam keadaan normal digerakkan oleh otot paha (quadriceps)
dalam garisan hampir lurus. Dalam kes CMP, selalunya pergerakan tulang tempurung berat ke arah luar lutut.

Ini memberi bebanan berlebihan kepada tulang rawan pada bahagian luar persendian Patellafemoral lutut yang kemudian menyebabkan radang yang kronik dan sakit.

Sesetengah individu cenderung mendapat keadaan ini iaitu wanita, pelari dengan kedua-dua lutut berlaga (knocked knee) dan pelari yang mempunyai tapak kaki rata (flat foot).

Pada golongan muda yang rajin bersukan, CMP selalunya disebabkan oleh kecederaan akut seperti terjatuh, penggunaan lutut berlebihan dan otot yang lemah. Kecederaan itu selalu terjadi di kalangan pelari, pelumba basikal dan pemain bola.

Gejala CMP pada amnya seperti kesakitan dalam atau depan lutut dan sakit itu bertambah teruk ketika membuat aktiviti seperti berlari, melompat, mendaki dan menuruni tangga.
Perbuatan seperti duduk dalam tempoh lama dengan lutut dibengkokkan akan menyebabkan sakit pada lutut yang amat sangat ketika berdiri di kerusi. Keadaan itu dikenali sebagai Theatre Sign.


Sesetengah pesakit berasa lututnya tegang atau bengkak. Kadangkala, dalam kes kronik, pengecutan otot paha menyebabkan lutut terasa longgar.

Selain itu, lutut menjadi bengkak. Pergerakan membengkok dan meluruskan sendi lutut selalunya menghasilkan bunyi ‘klik’ atau ‘pop’. Menekan tempurung lutut ke bawah akan menyakitkan.

Ketika rawatan, doktor pakar akan memeriksa sendi lutut untuk sakit dan fungsinya. X-ray lutut selalunya dilakukan tetapi x-ray standard biasanya menunjukkan lutut yang normal dalam kes CMP.

Pemeriksaan itu berguna untuk memastikan tidak ada penyebab lain sakit lutut. MRI lutut mampu untuk memastikan diagnosis keadaan ini.

Matlamat utama rawatan dan rehabilitasi CMP ialah untuk mengurangkan sakit dan radang, membetulkan semula kedudukan tulang tempurung ketika ia menggelongsor dalam sendi lutut, menguatkan kembali otot paha yang menyusut dan meningkatkan tahap fleksibiliti sendi lutut.

Segala aktiviti yang akan menyebabkan kesakitan pada lutut terjadi atau bertambah teruk hendaklah dihentikan sehingga gejala sembuh.

Terapi ais boleh dilakukan untuk mengurangkan bengkak, ais boleh dituam selama 15 minit setiap dua jam. Penggunaan pembalut tekanan selepas terapi ais boleh membantu mengurangkan bengkak dengan lebih berkesan.

Penggunaan teknik ‘taping’ yang bertujuan mengurangkan sakit ketika latihan untuk menguatkan otot membolehkan latihan dilakukan dengan berkesan. Latihan menguatkan otot secara selektif, terutama otot paha bahagian dalam iaitu otot Vastus Medialis Oblique, mampu membantu menormalkan semula pergerakan tulang tempurung lutut.
Dengan meningkatkan kekuatan tarikan otot ke bahagian dalam sendi lutut, tulang tempurung lutut akan tertarik ke bahagian dalam lutut dan dengan ini mengurangkan tekanan pada bahagian luar sendi PatelloFemoral. Proses kerosakan tulang rawan dapat dikurangkan.

Regangan dan urutan sukan otot iliotibial band, quadriceps dan hamstring (mana-mana tendon di belakang lutut) dapat meningkatkan fleksibiliti lutut dan mengembalikan gerakan normal tulang tempurung.

Pembedahan secara artroskopik akan dilakukan jika rehabilitasi gagal mengurangkan sakit pada lutut. Pembedahan artroskopik dilakukan melalui tebukan kecil pada kulit untuk melicinkan semula permukaan tulang rawan tulang tempurung lutut dan membersihkan ruangan sendi lutut daripada cebisan tulang rawan yang boleh menyebabkan sendi lutut tersangkut ketika dibengkok atau diluruskan.

Kembali kepada kecergasan sepenuhnya perlu dilakukan secara berperingkat dan kembali melakukan latihan sukan yang spesifik hendaklah dilakukan hanya selepas lutut tidak sakit lagi.

Latihan menguatkan otot sepenuhnya perlu dilakukan untuk memulihkan otot kepada kekuatan penuh dan seimbang.





2 comments:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga pesakit gastrik kronik (gerd)yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...