PAGES

Monday, August 8

Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia


Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa
  1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.
     
  2. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.


Keputusan (English): 
Determination of zakat fitrah all over Malaysia
Decision:

The 57thMuzakarah (Conference)of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 10thJune 2003 has discussed determination of zakat amount all over Malaysia. The Committee has decided that:
  1. The price of zakat fitrah for states in peninsula Malaysia is based on the market price of rice as decided by BERNAS for Super Tempatan grade A rice according to one Baghdad gantang that is equivalent to 2.60 kgs
  2. The price of zakat fitrah in the states of Sabah and Sarawak is according to the local price for rice decided by BERNAS, that is Vietnam White Rice for Sabah and Thai White Rice for Sarawak according to one Baghdad gantang that is equivalent to 2.70 kgs.

    SYARAT-SYARAT MENGELUARKAN ZAKAT

    1. Islam
    2. Mempunyai sesuatu yakni makanan, harta atau wang yang berlebihan untuk keperluan diri sendiri juga kerpeluan orang dibawah tanggungangnya untuk satu hari siang dan malam hari raya itu.
    3. Menemui dua masa iaitu akhir ramadhan dan awal syawal. Orang yang meninggal sebelum terbenam matahari atau anak yang baru lahir selepas matahari terbenam malam satu syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

    WAKTU-WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

    1. Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan hingga terbit matahari esoknya.
    2. Waktu afdhal - Sebelum solat sunat hari raya
    3. Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
    4. Waktu makruh - Selepas sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu syawal
    5. Waktu haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal

    NIAT ZAKAT FITRAH

    "Wang sebanyak $___ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala"

    Dibawah disenaraikan kadar zakat fitrah bagi setiap negeri untuk tahun 1432 H/2011M







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...