Antara 12 kelebihannya ialah:
1) Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka ditutup. Perkara ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hamba-Nya yang taat beribadah dan menurut segala perintahNya.
2) Syaitan diikat sepanjang Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi perlu diingat bahawa nafsu akan menggantikan tugas syaitan sekiranya kita lalai.
3) Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat.
4) Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada haruman kasturi di sisi Allah.
5) Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
6) Barangsiapa memuji Allah kemudian membaca al-Fatihah 7 kali sepanjang bulan yang mulia ini, maka biiznillah dijauhkan daripadanya mengalami sakit mata yang kronik.
7) Bagi mereka yang mendapatkan malam Lailatul Qadar, ia bakal memperoleh ganjaran yang sangat hebat sama seperti ganjaran 1000 bulan iaitu dengan mendapat keampunan, pahala & darjat yang tertinggi.
8) Amalan yang dilakukan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda. Satu solat fardhu pada Ramadhan bersamaan 70 solat fardhu pada bulan lain manakala satu solat sunat pada Ramadhan bersamaan 1 solat fardhu pada bulan lain.
9) Bersedekah atau memberi makan kepada orang berpuasa (walaupun hanya dengan sebiji kurma & segelas air), Allah memberi ganjaran minuman dari kolam Hudh yang sangat menyegarkan kemudiannya dimasukkannya ke Jannah(syurga).
10) Sesiapa mendirikan solat berjemaah sepanjang Ramadhan, maka didirikan untuknya kota bercahaya indah di akhirat kelak. Sesiapa yang berdoa dengan penuh keikhlasan, maka Allah memakbulkan doanya dalam masa yang singkat.
11) Tidur orang yang berpuasa adalah ibadat, nafasnya adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah & amalnya dilipat gandakan.
12) Diselawati malaikat. Sabda Rasulullah s.a.w, "Tatkala orang yang berpuasa berbuka, maka diselawati para malaikat ke atasnya sehingga selesai makannya".
(H.R Bukhari, Muslim, Tirmidzi)
"Ya Allah, sampaikanlah kami kepada penghujung Ramadhan, sekiranya ini yang terakhir buat kami, maka jauhkanlah kami dari mensiakannya. Sesungguhnya rugilah bagi yang hidup dalam kelekaan."
Ameen
No comments:
Post a Comment