PAGES

Friday, December 31

Cegah gangguan seksual di dalam tren

sebelum baca kita tengok dulu gambar ni...

2 minggu yang lepas aku dapat sms dari kawan. "kenapa lelaki suka ambil kesempatan". itu la ayat yang terpampang kat skrin 'xpressmusic' aku. memang tak syak lagi, mesti ada 'something' yang tak kena. dia bagitahu ada mangkuk ni sengaja rapatkan badan masa dia naik tren kat KL. dalam keadaan sesak masa dalam tren tu, memang tak boleh nak bergerak lari dari penyangak ni. lepas sampai stesen berikutnya barula dia boleh bertukar tempat. terkejut jugak la bila dengar cerita dia ni. orang cantik, manis mesti ada je penyangak yang nak ambil kesempatan. aku dah nasihatkan kalau ada lagi kes macam tu, menjerit je tak payah fikir panjang. sebab itu pun dah dikira gangguan seksual jugak tu. so, kena berhati-hati la lepas ni.
duduk sopan-sopan macam ni kan bagus... membaca amalan mulia.. call boyfriend pun mulia jugak...

Jom kita tengok tips dari KTMB ni. layaannn...

MENGGUNAKAN pengangkutan awam seperti tren seharusnya merupakan satu pengalaman yang selamat dan selesa.
Walaubagaimanapun, dalam situasi hari ini, para penumpang harus sentiasa berwaspada di atas kemungkinan berlakunya kes gangguan seksual di dalam tren.
Menyedari kemungkinan ini, maka KTM Berhad ingin berkongsi tips dan cadangan bagi mengelakkan anda menjadi mangsa gangguan individu yang tidak bertanggungjawab.
Untuk makluman, tiada undang-undang khusus berkaitan gangguan seksual dalam pengangkutan awam di Malaysia.

Apa itu gangguan seksual?
Gangguan seksual adalah perlakuan, keadaan atau perbuatan yang boleh terjumlah kepada gangguan seksual seperti berikut:

Gangguan secara lisan
Penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, cerita, jenaka atau membuat bunyi-bunyian, kritikan atau pujian yang berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seorang tersinggung atau terhina.

Gangguan secara isyarat
Gangguan yang dipamerkan dengan memberi maksud atau keinginan yang berunsur seksual, seperti menjeling, menggoda, menjilat bibir, menunjukkan anggota sulit atau bahasa isyarat yang lucah.

Gangguan secara visual
Menunjukkan gambar atau objek melalui bahan cetak, atau media elektronik seperti telefon, kamera, audio-visual sehingga menyebabkan penumpang berasa terganggu, tersinggung atau terhina.

Gangguan secara fizikal
Gangguan berbentuk fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati seseorang dalam keadaan terlalu dekat sehingga menyebabkan seseorang itu merasa kurang selesa, memeluk, memegang, menepuk, mengosok, mencubit, mencium dan meraba seseorang sehingga dia merasa terhina dan tersinggung.

Apakah yang boleh dibuat oleh penumpang bagi mengelak daripada berada dalam situasi di atas?
Rancang masa perjalanan anda bagi mengelak daripada menggunakan pengangkutan awam pada waktu larut malam.

Semasa berada di dalam tren, pastikan anda berada di tempat yang selamat (seperti berada di kalangan penumpang sama jantina atau mereka yang membawa keluarga).

Jika anda mendapati diri anda berseorangan atau berada di kalangan hanya beberapa orang individu di dalam koc, adalah lebih selamat dan selesa sekiranya anda berpindah ke koc yang mempunyai ramai penumpang.

Di dalam tren yang sesak, pastikan posisi badan anda berada dalam keadaan paling selesa dengan sentuhan yang minimum antara anda dan penumpang lain.

Tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku gangguan seksual di dalam tren
Jangan panik. Segera berpindah ke tempat/koc yang lebih selamat.

Cakap dengan kuat dan tegas. Maklumkan kepada pengganggu untuk memberhentikan perbuatan yang dilakukan. Jika perlu, pekik atau jerit untuk menarik perhatian orang lain.

Duduk/berdiri di tempat lain seperti berhampiran penumpang yang lain jika anda merasa lebih selesa berbuat demikian;

Ambil tindakan yang agresif ke atas pengganggu seperti menyembur pewangi, mencucuk dengan pin tudung, menghentak kaki penganggu dengan hujung payung atau apa saja tindakan yang difikirkan terbaik untuk keselamatan diri anda. Ini akan menarik perhatian orang lain dan akan memeranjatkan pengganggu dan menghalang hasratnya;

Segera laporkan gangguan atau ugutan penumpang kepada Pusat Panggilan KTM Berhad, 03-22671200 antara pukul 7.30 pagi hingga 9.30 malam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum atau anda boleh hubungi talian Bantuan Kecemasan KTM Berhad, 03-22631194 selepas pukul 9.30 malam;

Segera membuat laporan polis sekiranya pengganggu melakukan sesuatu seperti mencabul kehormatan. Ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Mintalah bantuan kakitangan atau pegawai KTM Berhad yang bertugas. Cuba beri gambaran yang jelas kepada polis tentang pengganggu tersebut, bahan bukti seperti rakaman gambar pengganggu (melalui telefon bimbit dan sebagainya) dan jika boleh dapatkanlah seorang saksi kejadian tersebut untuk turut hadir bersama-sama anda.

Unit Khidmat Pelanggan KTM Komuter 


boleh muat lagi empat orang ni.. sila kedalam lagi....
langsung TIADA gangguan seksual dalam gambar ni... siapa buat, akan disepak keluar....








Demam Piala AFF - Harimau Malaya Mengaum..

makan bola, tido bola, minum apa? tak kisah la apa-apa pun. yang penting Malaysia dah menang piala Suzuki buat kali pertama setelah 14 tahun menunggu. dari malam tadi semua orang sibuk bercerita pasal bola, mana tidak orang yang tak minat bola pun boleh jadi gila bola jugak disebabkan kejuaraan ni. tapi bila tengok kat facebook, & twitter yang paling 'excited' sekali pasal kemenangan ni adalah golongan wanita. boleh dikatakan ramai kawan-kawan wanita yang menggilai penjaga gol negara, siapa lagi kalau bukan khairul fahmi. bila post status dekat facebook or twitter pasti ada yang mengaku bf masing-masing.  kesian la gf si fahmi ni. tapi tengok dia sporting je bila bf dia ramai peminat, maklumlah dah terkenal. harap-harap cik Glukos tak minat pada si fahmi ni. so, siapa yang belum 'ushar' blog awek fahmi bleh la berbuat demikian.


saya yakin, pasukan saya menjadi juara adalah kerana kebijaksanaan saya..

inilah barisan kita yang ikhlas berjuang... hehe

kami juara...


kami tewas, kami hampa...

kami kecewa, kami akan bangkit..
 


Thursday, December 30

Aku.Dia.Melaka & sejarah




Hari ni dah masuk hari yang ke 5 setelah aku pulang dari Melaka Bandaraya Bersejarah. barula sibuk nak buat entry pasal melaka, entah apa-apa je. sabtu lepas, bertolak dari rumah kak yan dalam pukul 8.30, lebih kurang sampai ke merlimau pukul 12tgh disebabkan rabun siang. eh bukan, disebabkan kesesakan lalu lintas. kukuh tak alasan tu? tujuan ke Merlimau adalah kerana si Glukos berada di rumah kakak dia, kak ngah. terpaksa la ke sana sambil tu boleh la berjumpa, tanya khabar dengan kakak dia.


hari yang indah, cuaca yang baik memang sesuai la untuk mencuci mata disekitar melaka. tetapi 1 je yang tak best, terpaksa meredah kesesakan orang ramai. dah kau pergi hari cuti, memang la ramai orang, padan muka aku. hasrat nak naik menara taming sari,  Malacca River Boat Tour tapi semuanya tidak kesampaian. sebab apa? ramai sangat pelancong haritu.. terpaksalah aku dan cik Glukos buat 'tour' sambil mendaki kota A'famosa. ok la tu dari tak ada  buat apa-apa. tapi bila dah sampai kat atas tu, kesian pulak tengok nabila dan adik ain. penat diorang mendaki. tapi harap diorang puasla berjalan-jalan. nanti kita pergi jalan-jalan lagi tau nabila.



 


    



Friday, December 24

Ke Melaka Bersama GLUKOS

Waahh.. baca tajuk je konon-konon gempak. hehe.. 25 hb dah nak dekat ni. tapi perancangan untuk ke Melaka belum ada kata putus lagi. tapi dalam kepala ni ada la beberapa perancangan untuk bawa si "glukos" pergi jalan-jalan tempat yang agak menarik. lepas surf beberapa website, hasilnya adalah seperti berikut:

Menara Taming Sari
Dari sini boleh tengok panorama indah dan pemandangan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Agak teruja untuk melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Pulau Besar dan Selat Melaka.

nampak macam menarik je



 Malacca River Boat Tour
rasanya kita akan dibawa menaiki boat ke sepanjang sungai melaka. boleh tengok bangunan-bangunan menarik yang terdapat disepanjang sungai melaka. menarik jugak ni. next...

letak pemandangan sebelah malam, biar nampak ghairah sikit nak pergi tempat ni


A'Famosa Water World
taman tema air yang agak menarik. tapi, kalau pergi sini pun memang tak dapat la nak main semua games yang ada. kalau nak mandi-manda kita kena datang lain kali ye. :)





Thursday, December 23

Bulan MUHARRAM

Alhamdulillah.. sekarang dah masuk tahun baru bagi semua umat Islam, bulan Muharram. dalam menyambut awal muharram, ada beberapa perkara yang digalakkan untuk umat islam lakukan sempena menyambut awal muharram. antaranya membaca doa akhir tahun dan juga awal tahun.selain itu, kita juga digalakkan untuk berpuasa sunat sempena bulan muharram ni. tidak lupa juga, bubur asyura. dah pasti setiap masjid dikawasan kita akan menganjurkan program memasak bubur asyura ni. tidak ketinggalan masjid dikawasan saya iaitu di Felda Air Tawar 5. tapi rasa kurang meriah kerana kurang mendapat sambutan daripada generasi muda untuk sama-sama menjayakan program yang dianjurkan AJK masjid. tapi Alhamdulillah, 4 periuk bubur dapat dimasak untuk di agih-agihkan pada semua penduduk kampung.

'Satu Muharram detik permulaan, ketibaan tahun Islam Hijrah, perpindahan Nabi dan Umat Islam, dari Kota Mekah ke Kota Madinah.....' ingat tak lagu ni, mesti semua orang hafalkan lagu ni.. gambar-gambar ni adalah semasa aktiviti memasak bubur asyura. memang tak banyak, sebab sibuk nak masak bubur ni.

Gambar yang ni kena besar sikit.. sebab apa? jangan ditanya..

 Antara sebahagian Ajk masjid

 
 4 periuk memang tak cukup ni..


dalam bulan muharram ni ada beberapa peristiwa penting yang patut kita semua hayati. maklumat ni telah diambil untuk rujukan kita semua.

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit. 

Yang ini pula, adalah antara amalan-amalan yang boleh kita semua lakukan ketika Bulan Muharram.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X



Saturday, July 10

balik kampung vs meeting

hanya tinggal lagi 35 minit je sebelum berlangsungnya meeting sukam. pagi tadi dah set baik punya nak gerak balik petang tadi, sekali ambik kau dapat msj pkl 1.30 ptg.. tengah sedap makan, ada mesej masuk.

minta perhatian, malam ini akan diadakan meeting tergempar utk sukam. semua ketua unit setiap unit diminta menghadirkan diri dibilik gerakan sukam di KTF jam 8.30 mlm. makan tidak disediakan.

what the fishhh!! buat hal betul la.. tapi apa boleh buat, jgn melawan ketua. terpaksa la aku cancel nak pinjam kereta kakyan.

p/s :: tolong la sediakan makanan bila meeting tu, baru la ada mood nk meeting.





Sunday, June 6

Pencuri !!!



Malam tadi lebih kurang pukul 9.30  yanie a.k.a kecik datang nak bagi kad jemputan sekaligus mewakilkan aku sebagai posmen dia utk diedarkan kepada rakan-rakan. pada aku tu semua tak ada masalah, lagi pun siapa lagi yang nak tolong member kalau bukan member tu sendiri. betul tak? aku ingatkan 2-3 je, rupanya hampir 15 keping.. masaakkkk..bila dah berbual dengan 'kecik' setahun punya cerita boleh keluar.. maklumlah dah lama tak jumpa, tp selalu jumpa pn memang macam tu la gayanya.. mesti ada aja perkara yang nak diborakkan..  ok berbalik kepada tajuk.. berita ni aku pn baru je tau , tu pun yani yang bagitau.

kecik : jad ko ada nombor baru ani tak? 
rizza : nombor baru lagi? x ada pulak. 
kecik : ko tau tak hari tu beg ani kena curi. 
rizza : kena curi kat mana?
kecik : entah! dekat highway.
rizza : yeke? bila?
kecik : dah lama juga la, ko ni mesti x baca surat khabar kn.. 
rizza :          :)

terkejut sekejap bila dengar kabar yang kurang enak tu. isshh boleh jadi gila beb kalau korang hilang barang, especially beg duit, kunci moto ke, ic ke kan. aku kalau hilang pen je pun dah menggelabah, maklumlah pen sebatang nak bawak masuk exam. Ini kan pula H/P kau yang canggih yang boleh tangkap gambar muka kau tu.. ishh memang bleh hilang ingatan sekejap la. kesian 



Woman thief preying at highway surau

Ahmad Othman
2010/05/09
A WOMAN thief wearing a robe, veil and carrying a big bag has been stealing visitors' handbags at the surau in the Machap rest and relaxation area (R&R) of the North-South Expressway.
 Abu Bakar Manan (left) and his daughter Zuraini Abu Bakar discussing what to do  after her bag was stolen at the northbound Machap R&R surau.
Abu Bakar Manan (left) and his daughter Zuraini Abu Bakar discussing what to do after her bag was stolen at the northbound Machap R&R surau.
The woman, in her late 20s, was last seen on Worker's Day when she stole a handbag containing valuables belonging to a 23-year-old woman.

It is learnt that she often struck at the surau and carried a big bag to keep her loot.

On that day, three family members had stopped at the north-bound Machap R&R area at 2.50pm to perform their prayers.
Zuraini Abu Bakar, 23, and her parents, Abu Bakar Manan, 67, and Shariah Selamat, 66, were on their way to attend a wedding in Kuala Lumpur from their home in Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi.

Shariah said she and her daughter were washing their hands and feet and preparing themselves for prayers when she saw the woman approaching her daughter.

"As I waited for Zuraini, I was putting on my 'telekung'.

"A few seconds later, I saw a woman approaching my daughter and pretending to also wash her hands and feet.

"Suddenly, she snatched my daughter's handbag, stuffed it in her large bag and made a dash for it."

Shariah said she screamed for help and tried to chase the woman but to no avail.

The woman ran into a nearby food court before disappearing.

Zuraini said her handbag contained her car ignition key, a handphone, credit card, identification documents, RM300 and a camera.

"We were on our way to attend a relative's wedding in Kuala Lumpur when this happened.

"We were dumbfounded because the R&R area had no complaint counters in case of an emergency," she said.

Her father later borrowed a handphone from a souvenir shop salesperson to call a relative to send a spare ignition key for their car.



Apa pendapat korang lepas baca kisah dia. nak salahkan siapa? nk salahkan dia ke? entahlah, kesian diakan. korang bayangkanlah, dalam perjalanan nak ke rumah pengantin, kunci kereta kau hilang apa kau nak buat? balik rumah ambil kunci spare? gila jauh umah dia ni dari highway ni. kalau aku la ada dekat tempat dia, aku memang meraung dekat situ juga. cilakak punya penyamun. memang aku dapat rasakan apa yang dia rasa. bukan setakat kunci kereta, dalam beg tu ada duit, camera, ic.. adoiyaiiiii.... kesian ani...

lepas aku baca kisah ni, aku teringat masa pertengahan tahun 2009 di highway menuju ke selatan. aku dengan azizul dalam perjalanan pulang dari sabak bernam. masa tu maghrib, so kita berhenti solat dekat r&r tu. selesai je aku solat, aku dengar suara sorang kakak ni, jerit pada anak dia 'adik, mana beg mama dik' . ahh sudah (dalam hati aku). aku pakai kasut, terus meng'kepo'kan diri. aku tengok kakak tu dah macam separuh 'gila'. dia marah-marah anak dia yang aku rasa umur lebih kurang 8 tahun je. suami dia marah si isteri ni semula. yela, takkan la kau suruh budak kecik pegang beg 'gucci' kau tu. dalam seminit dua boleh la, bila kepala dia dah ingat main je sorryyy laa... dia tinggalkan dekat situ jugak. so sapa kau nak salahkan? 

so bersama-samalah kita berwaspada apabila kita berada ditempat awam. kerana kecuaian sesaat kita boleh membawa padah.












   

Saturday, June 5

Konsert stress..

Malam ni adalah malam berlangsungnya konsert Double Trouble yg kedua yang berlangsung di Larkin. aku stress yang teramattttt lah sangat sebab tak dapat nak join adik aku, Emy. Ohh nooo.. terngiang-ngiang telinga aku dgr Amy Search, Awie nyanyi lagu Gemuruh masa konsert di Bukit Kiara dulu.. argghhh malas la nak cakap banyak.. Tunggu la cerita adik aku balik nnt.. kt dengar cerita dia pulak.. 






Lagenda Budak Setan






Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?


Thursday, May 20

Movie_Marathon

ok. dah nama pun cuti kan, aktiviti yang penting yang wajib aku buat kat rumah ni mestilah menonton movie. aku survey web, nak cari movie yang baru release, sekali bersepah laa.. ok ni la dia movie yang aku layan masa cuti ni. dlm 3 hari je aku layan semua. Robin Hood, A Nightmare on Elm Street, ip man 2, Dear John  semua movie ni memang best, siapa x tengok memang rugi. especially Dear John. memang tangkap feeling.. :)


Pengorbanan terhadap cinta 

Jangan biarkan mimpi menghantui anda :)

wachaaaa 

Pemanah yang hebat adalah pemanah yang memanah tepat ke hati :)

Wednesday, May 19

guru ibarat lilin

Hari guru

16 mei merupakan tarikh yang pasti ditunggu-tunggu oleh semua guru-guru. Hari guru semestinya diraikan pelajar sebagai tanda terima kasih mereka terhadap segala pengorbanan guru-guru yang telah banyak berjasa, berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa. Tahun ni aku dapat merasai sambutan hari guru, hanya ucapan dari pelajar, namun itu cukup bermakna.
Banyak kenangan waktu sekolah semasa menyambut hari guru. Macam-macam gelagat aku dapat tengok semasa sambutan hari guru.  Dari bersukan sampailah membuat persembahan. Walaupun panas terik, tapi tetap best.
Selamat hari guru aku ucapkan kepada guru-guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga didalam mendidik aku. Jasamu akan sentiasa terpatri disanubari. 



Biar Ku Menjadi Lilin


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan


Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

p/s: selamat hari guru kepada guru-guru dan rakan-rakan yang mengajar di SMK semenchu.

Sunday, May 9

KEKASIHKU - ibuku

Tanggal 9 mei merupakan tarikh keramat bagi semua ibu-ibu.
Selamat menyambut hari ibu kepada bonda tersayang, semoga sentiasa diberkati kesihatan agar dapat melayani kerenah anakanda-anakanda serta cucu tersayang.. amin..

KEKASIHKU


Padamu Kuharap
Kau Hadir Dalam Hariku
Agarnya Kau Tahu Betapa Kucinta Padamu...
Setiap Masa
Seolah Ada Di Sisi
Kasih Padamu Takkan Pernah Padam

Sayangku Hanya Engkau Di Hati
Jiwaku Ini Kosong Tanpa Pelukanmu
Oh Belaianmu...

Kasih Kita Ditakdirkan
Bersama Takkan Engkau Ku Persiakan
Walau Terkadang Hatimu Dah Terusik Olehku

Selagi Ada Nyawa Seluruh Daya
Kan Ku Pastikan Kau Gembira
Segala Cinta Dan Saat Bahagia
Oh Ibu...Ke Akhir Hayatku...

TROUBLE


Fuuhh memang penat ar wa cakap lu.. bukan apa, penat melompat layan lagu-lagu yang seach & wings bawakan masa konsert. Memang puas hati, konsert hampir dua jam , hampir 20 lagu diorang nyanyi. Seawal pukul 6 petang aku dah masuk indoor arena. Konon nak elak jammed la kan. Aku gerak dari rumah sewa bob dekat bangi pukul 3.30 petang punya la awal. Gila awal la. Bukan apa, tu nak redah cari area bukit kiara. Silap-silap kalau keluar lambat, memang tak sampai la jawabnya.

Masuk je dalam indoor arena ni, aku dah dengar suara si Ismahalil yang gila garau tu. Fuhh bukan main lagi dia bakar semangat peminat yang datang tu. Tapi aku respect dekat dia, pasal memang dia boleh kawal penonton-penonton dengan celoteh dia yang memang terbaik lah bagi aku. Maklumlah diakan deejay radio.

Akhirnya setelah hampir 3 jam aku duduk tunggu konsert start, bermulalah saat yang dinantikan. Lagu yang pertama dibawakan memang yang paling aku tunggu. Lagu GEMURUH bila start dinyanyikan memang betul-betul gemuruh indoor arena tu dibuatnya. Memang gamat la arena tu. Dari awal hingga akhir memang mantap persembahan search & wings. Aku memang tak berhenti melonjak ikut irama rock yang diorang bawa tu. Tengah sedap lompat, headbanging dengan rambut yang pendek ni, tiba-tiba je rasa tangan tersentuh sesuatu. Pehhh mamat sebelah aku ni dah siap buka baju, tak ingat pulak badan dia tu dah berlendir, lepas tu siap nak berhimpit pulak dengan aku. Potong stim betul la. Lantak kau la, aku lari kedepan sikit nak enjoy punya pasal.  Adik aku entah hilang mana pun aku tak tahu. Lantaklah, kau dah besarkan. Kau carilah port jamming sendiri.

Tengah sedap aku layan lentok, ada pulak mangkuk ayun mana ntah, tapi comfirm mamat & minah indon ni. Diorang boleh pulak buat projek dekat konsert tu, ni projek lain ok. Diorang ni penyeluk saku, aku dah hampir jadi mangsa diorang ni. Tapi diatas ke’sensitif’an deria aku ni, diorang gagal la dalam cubaan mencuri beg duit aku yang dalam dia ada berjuta-juta ringgit tu. Diorang ni memang buat hal betul la. Nasib baik la kau sempat lari kedepan, kalau tak memang kau dpat la penumbuk. Entah macammana, boleh pulak muka diorang ni ada dalam gambar yang aku ambik. Padan muka kau. Korang semua pastikan cam muka diorang ni, kalau la Nampak muka-muka ni dekat konsert, jauhkan la diri dari diorang.

Tengok tu, dah cerita pasal mat indon pulak... aku nak cerita pasal double trouble, dah termasuk trouble yang kau buat.. memang buat hal betul la..

30 minit terakhir konsert tu memang mantap. Diorang bergabung menyanyikan lagu-lagu hit diorang. Awie nyanyi lagu amy dan sebaliknya. Semalam yang hangat, Gadisku, Taman Rashidah Utama, Nurnilam Sari, Rozanna, Misteri Mimpi Syakila dan Bernafas Dalam Lumpur banyak lagi la. Fuhh memang berbaloi aku bayar 70 ringgit ni. Rasa tak cukup lagi, kalau diorag nak berkonsert sampai pagi pun aku on je. Maklumlah nak lepaskan gian. haha.. 

Konsert habis hampir pukul 12 tengah malam. Pukul 1 aku drive terus balik johor. 





    

Thursday, April 29

Konsert Double Trouble Search & Wings


ni pula konsert legend rock malaya. selepas 17 tahun, akhirnya dua band ni dipertemukan melalui konsert double Trouble. 
aku dah beli 2 tiket via online, aku bawa adik aku pergi tengok konsert ni. lokasi memang aku tak tahu la kan.   aku dah minta bantuan sorang member yang duduk study kat KL tu untuk hantar kami ke lokasi konsert. harap semuanya berjalan lancar mengikut program yang aku dah atur ni. memang dah tak sabar nak tengok konsert ni sebab aku dah miss konsert Search di awan biru dekat Johor dulu.. damnnn... jumpa disana..


tak sabar beb nak dengar diorang duet lagu GEMURUH...

Di dalam gerimis
Penuh rahmat, dia tersentuh
Cendawan alpa,
Sesegar pagi, yg permai damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambarkan
Kisah sempurna Dari jiwa Bakal Surinya

Di dalam kelambu
Menunggumu, dia kesali
Hilang Kayangan
Pedoman, ikhtiar dan arah
Persis si buta mengangankan
Hidup sedehana,
Menjamahi Hari hari Mimpi Mimpinya..

Oh sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan menelan sisa
Pahit maung madah punjangga

Terbukti kasih
Yg hanya serampang berbisa
Menguntum Gerigis besi kaca
Dan pawaka

Tak tersedar menyeresapi kepusar keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa
 




   

Cuti Semester ni beb..

Malam ni malam kedua aku dekat rumah semasa cuti. Member lain semua dah masuk seminggu bercuti. ada yang lagi best, lepas exam, malam terus balik kampung. biasa la tu, dah rindu kat family. tahap ke'boring'an masih lagi dibawah tahap kawalan, maklumlah baru hari kedua. 

esok pagi sebelum subuh aku dah nak gerak ke Putrajaya. bukan nak bercuti kat sana la, tapi ikut rombongan menghantar adik aku interview. padahal pergi berdua je.. malam ni terpaksa tidur awal, esok pagi nak drive so kena ar cari tenaga biar tak ngantuk nanti. 

ZzzzZZzzz...

Saturday, April 10

5 EMPAT PULUH 5 pagi



5.45 pagi

Masa Aku Tgh Tulis Entry Ni, Aku Tau Kawan-Kawan Lain Mesti Tengah Berdengkur Punya.. Mana Tak Nya, Tinggal Lagi 3jam 14 Minit Je Lg Bermulanya Perang Setelah 1semester Kt Bertungkus Lumus. Aku? Duk Depan Laptop, Online, Pastu Semak Soalan-Soalan Lepas..  Weiii Come On La.. Dulu Orang Lain Study, Aku Tido, Orang Lain Tido Aku Pun Ikut Tido Juga.. Asal Duduk Depan Buku Je Mata Jadi Ngantuk.. Memang X Boleh Nak Elak Ni.. Tapi Nak Tak Nak, Kena Study Gak Kan.. Tapi, Dah Tak Ada Masa Kalau Aku Nak Baca Buku Teks Tu. Nak Menghafal Jauh Sekali La.. Sekarang Ni Just Sit Back And Relax.. Tenangkan Fikiran, Sediakan Peralatan Untuk Exam, Dan Jangan Lupa Call Parents Tuu... InsyaAllah dapat Berkat sikit.. Barulah Tenang masa Menjawab Nanti.. 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...



“Maha Suci Tuhan Yang Tidak Pernah Tidur Dan Tidak Lupa. Wahai Tuhan Ingatkanlah Aku Apa Yang Aku Lupa”

Amin...

Friday, April 9

Birthday Yang Dah Sebulan Berlalu....



Surprised...



13 Mac ! Ada apa dengan tarikh tu? Birthday aku la tu... Every year memang tak pernah aku sambut pn. Entah macamana, hari tu boleh pulak kawan-kawan buat surprise kat aku. Benda ni memang aku x sangka langsung. Hari tu macam biasa la, aku menyibukkan diri dengan menyiapkan landskap. Nak dijadikan cerita, sedang aku khusyuk tu datang si Aqmal minta tolong alihkan kayu. Ok bleh, tanpa ada rasa sangsi.. Hehe... Jalan punya jalan tiba-tiba rasa kepala kena ketuk.. Fuuuhhhh sekali telur ayam daaa.. Memang kena tepat ar kali ni... Tak cukup dengan tu, kena siram pulak dengan bancuhan air tepung dan telur.. Perrghhhh tak ingat pulak bau dia...  Tapi redha je la. Apa pun thanks kepada korang yang buat suprise ni especially pada cik ainun yang jadi mastermind.. U memang best..





orang tengah yang bertanggungjawab

Cuba untuk melarikan diri..


Hahaha padan muka aku dan kau sekali kena... wakenabeb..


tolong-tolong!!!!!

suka la tu dah kena kan aku...


u guys are rock.... !! love u all..


nyum..nyumm... kek yang sedap lagi menyelerakan.. 



p/s :  friend in need is a friend indeed... thanks guys...

Friday, March 26

konsert Rock !

Okay... ni plak konsert yang i rasa dh masuk sebulan berlangsung. konsert ni bukan nya konsert rock seperti tajuk tu, korang jgn salah sangka pulak tapi konsert nasyid. konsert ni dianjurkan oleh Kolej Tun Fatimah, UTM. Konsert Nazrey Johani Tour de Tahfiz di UTM ni merupakan lokasi yang ke-6 diadakan diseluruh Malaysia. Tujuan konsert ini adalah utk mengutip dana bagi membangunkan 'Kompleks Tahfiz Bayu Syahadah' di ranau, Sabah. 




Poster yang i buat

Ini merupakan kali pertama dan terakhir I menjadi AJK untuk konsert ni. :) memang letih, tapi berbaloi-baloi. haha..  persembahan-persembahaan artis memang mantap. Dari artis jemputan hinggalah Nazrey sendiri memberikan persembahan yang begitu bertenaga demi menghiburkan pelajar-pelajar UTM. Hasil kutipan memang membanggakan. Lebih dari 10 ribu berjaya dikutip hasil dari penjualan tiket dan juga sumbangan ikhlas orang ramai. Tidak sia-sia lah i buat promosi di setiap kolej dan masjid sekitar UTM ni. 


Tapi sayang la, tak dapat tengok konsert tu dari dekat. itulah nasib AJK, kena duduk belakang, jaga penonton, beli itu, beli ini... Argghh tension.. tapi dapat tengok dari jauh pn okay la kan... Nazrey Johani memang best.. okayla jom kita tengok sedikit gambar yg i ada.. thanks to Hidayah Anuar kerana upload gambar-gambar tu.. 

Peminat muslimah

VIP

membuat persembahan bersama anaknya

bergambar kenangan.


UNIC


As Saufee


Bergambar sebelah Nazrey


BYee..

klik untuk gambar lain... 



sudah selesai... Bye..



Wednesday, February 17

School Holiday is back...

cuti sekolah memang masa yang paling best dlm hidup. x pyh pg sekolah, x pyh belajar, x pyh jumpa cikgu, x pyh buat kerja sekolah, x pyh bangun pagi... hahah.. itu suma perkara yang plg disukai masa kecik2 dulu.. tp sekarang dh lain.. cuti sekolah adalah masa yg plg best utk family gathering.. terutama sekali main2 dengan anak2 sedara.. bila semua dh berkumpul, memang meriah rumah.. gelak ketawa, menangis suma tu menjadi kewajipan budak2 kecik bila bermain...
hari tu, Syaza sampai dulu.. keluar kereta dengan membawa sebuah beg yang penuh dengan mainan masak-masak.. fuhhh.. bukan main bergaya lg.. masuk je rumah dia dh cari kawan nk ajak main masak-masak.. sapa lg kalau bukan si Nadia & kakak Ain & Abg Kimi... tp diorg belum sampai lagi. diorg tidur rumah nenek sebelah mak diorg...
haa ok, disebabkan tiada kawan nk bermain, i la yg jd mangsa keadaan..

syaza : cik jat ciniiiii.. jom men mashak-mashak ngan zaza..
cik jat : haaa meh cini kt main kt depan ye..

(dgn pantas syaza kemas barang2 mainan bwk g depan)

syaza : ni shudu, ggan(pinggan), ayam, arot(carrot), cawan.. cik jat nak shup (sup) x? nak air x?

fuhh.. letih nak melayan budak2 ni.. ok last2 i wat alasan.. "nanti nadia dtg kita main dengan dia k"....
jom kt sleep, cik jat ngantuk (alasan yg plg kukuh) padahal i nk surf internet..

next day i ajar anak2 buah i buat layang-layang. biar diorg belajar macam mana nak buat layang-layang. nampak macam senang tapi susah. dari pada melipat kertas, melekat, buat teraju, buat ekor.. banyak tu keje nk buat.. beli je la senang... apa barang beli, x mencabar langsung. kt buat je la pakai surat khabar lama... dulu pn i buat je time cuti sekolah. tu la cara nak isi masa cuti..
antara ain & Kimi, ternyata Kimi lagi bersemangat tuk main layang-layang. biasa la tu budak lelaki.. i ajar dr 1st step sampai la last step.. ternyata diorang bleh buat sendiri, tp mstilah ada bantuan sikit.. bagus gak diorg belajar ni, nanti dekat sekolah mesti cikgu ada suruh buat layang-layang..
start buat layang-layang pukul 1030am.. diorg lom mandi lagi, memang sesuai la sgt tu... lepas main nanti la mandi..
dah siap semua, layang-layang akan diterbangkan. kt tgk siapa punya layang-layang paling tinggi (mstla cik jat punya)..
puas betul hari tu main dengan diorg. sampai pukul 4.30 petang baru habis main layang-layang. itu pun disebabkan layang-layang tersangkut atas pokok rambutan belakang rumah.. :)

aksi-aksi pelayang muda


macam ni cara nak melipat, tgk betul2 cara cik emy lipat ni..


kimi menggunting dengan teliti..











kemana arah angin ni?


watch out for that tree!!


smileeeee...:)


fuyyyoohhh.. tingginyaaa..


bergaya habis, maklumlah cuaca panas x ingat..


layang-layang berterbangan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...